Skip to content
Laman Utama » PINTU GERBANG ALIR CAHAYA, BATU PAHAT, JOHOR

PINTU GERBANG ALIR CAHAYA, BATU PAHAT, JOHOR

Laporan, 8 Januari 2022, hari perasmian Alir Cahaya terpaksa dianjakkan dari tarikh asal malam tahun baru 31 Disember 2021, oleh kerana timbang-tara yang dilakukan.

Walau bagaimana pun, Pintu Gerbang tersebut telah pun didirikan menuju hari perasmian. Apa yang telah disebutkan sebelum ini seperti penyerapan elemen dalam reka bentuk tidak berubah dan telah berjaya dilakukan.

Pada asalnya projek ini adalah inspirasi dari tradisi kampung-kampung di sekitar Sri Gading – Parit Raja menjelang aidilfitri. Penduduk kampung di sini akan meraikan bulan raya dengan memasang pintu gerbang bersama pelita di pintu masuk kampung masing-masing.

Sayangnya, budaya yang ada di kampung-kampung Sekitar Sri Gading dan Parit Raja ini adalah budaya yang semakin ditinggalkan, bilamana hari² perayaan, pintu-pintu masuk ke kampung tidaklah semeriah dulu. Sementara itu, Alir Cahaya yang berfokus kepada memaknakanya pula dalam projek ini dengan kesempatan mereka sendiri.

Di antara konsep dan elemen karya yang akan dipertunjukkan adalah tentang falsafah energi yang menghasilkan cahaya dari unsur alami, berkait rapat dengan peredaran matahari, bulan dan juga malam yang membuatkan gelap menjadi terang. Seperti karya yang akan dihasilkan adalah terjemahan melalui gabungan nilai lama dan baru, seni kontemporari bertembung dengan sejarah, tradisi dan kebudayaan setempat. Dalam menggabungkan beberapa elemen ini, tiga fenomena cahaya iaitu Bayang, Gerhana dan Pelangi dapat menggambarkan situasi saat ini dalam proses terapi, pengubatan dan pemulihan.

Seperti dijelaskan oleh Aisyah lagi, instalasi karya ini akan merespon ruang pintu masuk utama dengan menggunakan Pintu Gerbang Gunungan. Gunungan itu sendiri adalah satu unsur wayang yang merakam bentuk ‘gunung’ berserta segala isinya. Mengandung falsafah kehidupan dan mengusulkan sebuah cara hidup yang dinamik. Menginginkan perilaku manusia menjadi sempurna, sehingga dapat mewarnai kehidupan dan alam semesta.

Aliran cahaya yang dimasukkan adalah perlambangan kepada Semangat dan Harapan. Cahaya yang menerangi pandangan sentiasa mengamankan hati manusia untuk merasa selamat, atau setidaknya bertindak tanpa was-was. Menghampirkan manusia kepada kebenaran dan menutup kepalsuan-kepalsuan yang ada.

Salam 2022!

Semangat Dan Harapan!

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *