Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Masyarakat
  • »
  • Industri PKS disaran mohon pakej bantuan kerajaan dengan segera
  • »
  • BERNAMA, Masyarakat
  • April 18, 2021April 18, 2021
  • 0

Industri PKS disaran mohon pakej bantuan kerajaan dengan segera

KUALA LUMPUR, 18 April — Banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mungkin kehilangan peluang kerana kegagalan mereka untuk memohon pakej bantuan kerajaan kerana tidak menyedari program itu akan berakhir menjelang Ogos ini, demikian menurut seorang pendidik kewangan hari ini.
Dana dan insentif dI bawah pakej rangsangan yang ditawarkan itu telah membantu PKS yang layak mengekalkan perniagaan masing-masing semasa pandemik Covid-19, kata Ketua Pegawai Eksekutif Money Compass Media (M) Sdn Bhd, Amy Seok.
“PKS seharusnya mengambil inisiatif untuk memohon bantuan itu secepat mungkin kerana bantuan itu akan berakhir sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan sepenuhnya,” kata beliau kepada Bernama.

Menurut SME Corporation Malaysia (SME Corp), dengan kira-kira 73 peratus PKS dijangka mencatat kerugian pada 2020, cabarannya lebih kepada kecepatan dan kepantasan mereka mengguna pakai strategi berbeza untuk terus bertahan dalam budaya normal baharu ini.

Mereka seharusnya menerapkan pendigitalan dalam operasi perniagaan, mengembangkan rancangan kesinambungan perniagaan serta bekerjasama rapat dengan institusi kewangan mereka untuk menguruskan kedudukan tunai.

PKS seluruh negara berpeluang mendapat manfaat daripada pelbagai jenis bantuan kewangan dan insentif utama kerajaan dan institusi kewangan termasuk Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), Subsidi Upah (PSU 3.0), Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF) dan Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF).

Bagi membolehkan PKS turut serta dalam program ini, beliau berkata ‘’MyMalaysia SME Human Resources (HR) e-Fair and Webinar’’ akan dianjurkan selama dua hari secara maya, bermula 27 April di platform awan, https://smeefair.com.my.

Antara penganjur termasuk UlearnMONEY, Money Compass Media, Max Capital Management Holding Ltd dan Celik Wang, disokong oleh Malaysia Literacy in Financial Education Association (MyLIFE).

Seok yang juga pengerusi penganjuran e-Fair dan pengasas UlearnMONEY berkata kira-kira 100 pertubuhan perniagaan akan turut serta dalam e-Fair dan webinar itu agar semua PKS sedar akan ketersediaan dana dan insentif untuk mereka.

Berdasarkan penglibatannya dengan PKS dan pengalaman dengan syarikatnya sendiri, beliau berkata pakej bantuan terutama subsidi untuk pengambilan pekerja, amat berkesan dalam mengekal dan mempertahankan aliran tunai kerana kos kakitangan adalah agak signifikan terhadap keseluruhan kos.

“Tidak dapat dinafikan bahawa program bantuan untuk PKS yang meliputi insentif program pengambilan pekerja telah membantu meningkatkan jumlah pekerjaan dan pemulihan ekonomi.”

“Ini ialah kerana PKS tanpa ragu-ragu lagi merupakan penyumbang penting kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia,” kata Seok sambil menambah beberapa siri jerawaraya (roadshow) untuk meningkatkan kesedaran mengenai pendanaan awam ekuiti dan skim persaraan persendirian serta pendidikan pelaburan juga telah diadakan.

Bertemakan “Go Hiring to Recover Your Business with HR Strategies and Incentives”, e-Fair merupakan platform yang berkesan dalam membantu PKS mendapatkan maklumat dan nasihat mengenai pengambilan dan latihan insentif dari kerajaan.

Acara e-Fair ini terdiri daripada pameran maya, webinar SME HR dan pasaran PKS.

Pameran maya ini akan mengetengahkan petak pameran maya oleh agensi kerajaan, institusi kewangan, penyedia perkhidmatan kewangan, penyedia telekomunikasi, agensi latihan, serta penyedia penyelesaian digital dan sumber manusia serta latihan.

Siri webinar SME HR pula akan menampilkan para penceramah antara dari PERKESO,  Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), SME Corporation Malaysia dan Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

Webinar itu akan turut meninjau pelbagai cara bagaimana PKS dapat menggaji dan melatih pekerja dengan cekap melalui strategi HR pintar bagi memulihkan perniagaan mereka, mencapai faedah maksimum dengan kos terendah dan mendapatkan bantuan daripada jabatan kerajaan yang berkaitan.

“Kami berharap semasa berlangsungnya MyMalaysia SME HR e-Fair, PKS akan memperoleh maklumat mengenai pengambilan pekerja, pengurusan aliran tunai dan strategi digitalisasi untuk mengatasi cabaran perniagaan semerta dan dipadankan dengan penyedia penyelesaian kewangan dan digital yang relevan,” katanya.

Seok berkata majikan PKS yang mengambil bahagian dalam acara MyMalaysia SME HR e-Fair berpeluang untuk menerima antara 60 peratus hingga 100 peratus daripada subsidi HR.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Lembaran baharu buat gelandangan : Kebun Bandar ‘Hijrah Warrior’
  • Video promosi judi, sindiket bukan ahli FDAM

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.