Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Ekonomi
  • »
  • Platform Fastrexs sasar bantu latih 5,000 belia jana pendapatan 
  • »
  • BERNAMA, Ekonomi
  • April 8, 2021April 8, 2021
  • 0

Platform Fastrexs sasar bantu latih 5,000 belia jana pendapatan 

KUALA LUMPUR, 7 April — Golongan belia khususnya yang sedang buntu mencari pekerjaan dan sehingga kini menggangur boleh merebut peluang untuk menceburi bidang ekonomi gig sambil menjana pendapatan melalui platform Fastrexs.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawan merangkap exco Majlis Belia Malaysia Datuk Syed Osman Mohamed berkata aplikasi itu yang merupakan usaha sama majlis tersebut dengan Fastrexs (M) Sdn Bhd, disasar dapat membantu melatih 5,000 belia keluar daripada pengangguran.

“Kita akan beri latihan secara fizikal kepada mereka yang berminat supaya dapat rebut segala peluang tersedia dalam aplikasi Fastrexs.

“Kita sasar 5,000 belia untuk keluar dari menganggur, kita bagi peluang untuk sertai platform ini supaya dapat jana pendapatan sendiri dengan yuran pendaftaran serendah RM50,” katanya ketika menjadi tetamu jemputan program Darah Muda terbitan Bernama TV. 

Fastrexs merupakan syarikat penghantaran barangan serbaneka dan runcit yang memulakan operasi sejak Januari tahun ini.

Syed Osman berkata, selain yuran pendaftaran rendah, usahawan belia boleh turut mendapat manfaat komisen sebanyak 15 peratus melalui aplikasi Fastrexs manakala mereka yang mempunyai produk sendiri dan berdaftar dengan aplikasi itu juga boleh mengiklankan produk secara percuma di platform tersebut.

Sementara itu, Penolong Pengurus Pembangunan Perniagaan Fastrexs Afiqah Jamberi berkata pelbagai tawaran latihan dan peluang pekerjaan disediakan seperti menjadi usahawan dengan membuka gerai ‘fastburger’ atau menjadi ‘rider’.

“Mereka yang tidak mempunyai produk sendiri, kita ada ‘fastburger’ untuk mereka pasarkan. Segala bahan dan ‘stall installation’, Fastrexs sediakan termasuk online platform. Ini secara automatik akan menjadikan anda sebagai usahawan di bawah ‘fastburger’,” katanya.

Bagi yang berminat boleh melayari laman web rasmi di www.fastrexs.com.my.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • COVID-19: Tiada bazar Ramadan di Sabah tahun ini
  • Hampir 7,000 usahawan graduan TVET dilahirkan sejak 2018 – Noraini

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.