Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Sejarah
  • »
  • PPAPP gamit nostalgia P. Pinang dengan koleksi nadir
  • »
  • BERNAMA, Sejarah
  • April 17, 2021April 17, 2021
  • 0

PPAPP gamit nostalgia P. Pinang dengan koleksi nadir

BUTTERWORTH, 17 April — Sejak penubuhannya pada tahun 1817, Perpustakaan Pulau Pinang, yang kini dikenali sebagai Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP), telah mengumpulkan lebih dari 10,000 koleksi nadir, masing-masing mempunyai makna sentimental dan sejarah.

Pustakawan PPAPP Azizah Zainon berkata koleksi tersebut merangkumi buku ilmiah, majalah, gambar lama, surat perjanjian, kitab agama, surat khabar serta lakaran peta berusia ratusan tahun.

“Koleksi itu adalah kandungan atau sumber yang ditinggalkan oleh beberapa pihak dan individu sebelumnya di perpustakaan ini, yang dikenali sebagai Penang Library pada masa itu.”

“Semua koleksi mewakili identiti Pulau Pinang pada masa itu, dan ada koleksi yang berusia lebih dari 400 tahun, sejak 1600-an atau abad ke-17,” katanya semalam ketika Bernama menemuinya di PPAPP dekat Seberang Jaya.

Koleksi paling berharga katanya ialah kitab Bible yang diterbitkan pada 1677 dan lakaran peta George Town pada 1877.

“Koleksi langka PPAPP disimpan di ruangan terpisah yang disebut Koleksi Khas pulau Pinang, yang diawasi oleh empat pustakawan secara bergantian.” Pada hakikatnya, kami tidak akan membiarkan orang luar mengakses koleksi kerana beberapa buku mempunyai tekstur halaman yang sudah reput dan memerlukan perhatian, ”katanya.

Menurutnya, bilik khas tersebut dilengkapi sistem kawalan keselamatan yang tinggi dan suhu bilik juga dikawal bagi memastikan keadaan bilik sentiasa kering.

“Sekiranya ada yang berlaku pada perpustakaan ini, ruangan ini akan diseamatkankan terlebih dahulu,” katanya, “kerana sumber dan bahan yang tersedia tidak mungkin boleh diakses oleh mana-mana perpustakaan di Malaysia, malah di dunia.”

Mengulas lanjut, Azizah menyatakan bahawa PPAPP kini dalam usaha mendigitalkan koleksi nadir terpilih ke dalam bentuk cakera padat dan mikrofilem bagi memudahkan pengkaji sejarah mahupun individu yang berminat untuk menjadikan sesebuah bahan nadir itu sebagai rujukan.

“Setakat ini kami sudah mendigitalkan bahan nadir terpilih sebanyak 60 peratus, malah kita akan cuba mendigitalkan sebanyak mungkin koleksi yang dirasakan mempunyai nilai sejarah yang penting dan berkaitan dengan perkembangan sejarah Pulau Pinang itu sendiri,” katanya.

Beliau juga berkata PPAPP melaksanakan pemuliharaan koleksi menggunakan teknologi canggih yang dikendalikan pustakawan bertauliah bagi mengekalkan kualiti tulisan dan gambar bahan terbabit.

Antara koleksi yang menarik perhatian Bernama ialah surat khabar sejak zaman pendudukan British dan Jepun sekitar 1940-an dan 1950-an seperti Malai Simpo (akhbar edisi bahasa Inggeris pada zaman Jepun, 1943), Penang Shimbun (akhbar edisi bahasa Inggeris zaman Jepun, 1943), Sunday Gazette (akhbar zaman British,1952 dan 1953) dan juga The Straits Eco (akhbar zaman British pada 1957) yang telah dijilidkan oleh PPAPP untuk dijadikan sumber rujukan oleh peminat bahan bersejarah.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial2

  • Gagal patuhi SOP, Bazar Ramadan Tok Adis diarah tutup sementara
  • ‘Kafe Kindness Kitchen’ tawar makanan percuma untuk golongan tidak mampu

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

Perlombongan ‘Haram’ & ‘Halal’ Bersatu Musnahkan Ekosistem Tapak Warisan Tasik Chini

  • June 9, 2021June 9, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.