Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Ekonomi
  • »
  • Program Perolehan Impak Sosial Kerajaan dibuka untuk pendaftaran – MaGIC
  • »
  • BERNAMA, Ekonomi
  • April 15, 2021April 15, 2021
  • 0

Program Perolehan Impak Sosial Kerajaan dibuka untuk pendaftaran – MaGIC

KUALA LUMPUR, 15 April  — Program Perolehan Impak Sosial Kerajaan (PPISK), sebuah inisiatif oleh kerajaan yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 dengan peruntukan kira-kira RM20 juta, kini dibuka untuk pendaftaran.

Pusat Kreativiti dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC) dalam satu kenyataan hari ini berkata ia telah ditugaskan untuk menilai dan mengesahkan pemohon yang layak untuk program tersebut.

“Melalui inisiatif ini, perniagaan berimpak sosial yang kebanyakannya adalah perusahaan mikro dan kecil, dapat membangunkan kelayakan mereka untuk pertumbuhan dan peluang pelaburan di masa depan.

“Inisiatif oleh kerajaan ini bertujuan mendorong pertumbuhan perusahaan sosial di Malaysia dengan menyokong inovasi dan peranan penciptaan pekerjaan mereka,” kata MaGIC.

Ia juga berharap dapat memanfaatkan kapasiti perolehan kerajaan dan mewujudkan masyarakat dan alam sekitar yang positif.

Program ini dijangka dapat memberi persaingan yang setara untuk perniagaan berimpak sosial, menyediakan peluang kepada mereka untuk meningkatkan penyelesaian yang akan memacu ekosistem inovasi sosial.

Untuk mempromosikan produk, penyelesaian dan perkhidmatan oleh organisasi yang terlibat dalam impak sosial, MaGIC akan menyenaraikan semua pemohon yang diluluskan di laman web “Buy For Impact” (www.buyforimpact.co).

“Ini akan membolehkan orang ramai menyokong perusahaan sosial dengan membelanjakan wang mereka dengan cara yang lebih mendatangkan impak.

“Penyelesaian yang ditawarkan oleh perniagaan yang terlibat dalam impak sosial merangkumi bahan alternatif dan harga berpatutan untuk rumah kos rendah di luar bandar, program literasi untuk belia kurang mampu dan kraftangan oleh masyarakat Orang Asli,” kata MaGIC.

Ia berkata tinjauan dijalankan oleh Social Enterprise World Forum menunjukkan bahawa 26 peratus perusahaan sosial menganggap dasar kerajaan memberi kesan terbesar terhadap kemampanan mereka.

Seiring dengan itu, 18 peratus responden berkata perolehan sektor komersial dan sektor awam akan memberikan peluang terbesar bagi perusahaan sosial tahun ini.

Pendaftaran untuk program perolehan impak sosial itu boleh dilakukan dengan klik ke pautan berikut – https://www.mymagic.my/ppisk/en.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • KUFC waspada berdepan skuad Projek FAM-MSN
  • Had pembayaran jaminan mahkamah menerusi eJamin kini RM500,000 – Pertama Digital

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.