Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Projek naik taraf jalan Sapulut – pekan Pagalungan dimulakan tahun ini – Arthur
  • »
  • BERNAMA
  • April 10, 2021April 10, 2021
  • 0

Projek naik taraf jalan Sapulut – pekan Pagalungan dimulakan tahun ini – Arthur

 

PENSIANGAN, 10 April — Projek menaik taraf jalan dari Sapulut ke pekan Pagalungan, di sini, sejauh hampir 38 kilometer akan dimulakan tahun ini selepas skop kerja serta proses pemuktamadan jajaran selesai dijalankan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata projek berkenaan adalah sambungan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) yang memberi manfaat kepada lebih 30 kampung membabitkan 10,000 penduduk yang tinggal sepanjang jajaran itu.

Beliau berkata jajaran jalan berkenaan dibina bermula dari simpang Sapulut ke Kampung Salung dan seterusnya ke pekan Pagalungan, dengan sebanyak enam jambatan baharu akan dibina merentasi beberapa sungai.

“Ini adalah fasa pertama projek menaik taraf jalan yang menghubungkan sehingga ke pekan Pensiangan dan akan dilaksanakan secara berperingkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arthur berkata projek fasa pertama membabitkan kos RM380 juta manakala bagi fasa kedua yang merangkumi Pagalungan ke Pensiangan pula akan melibatkan kos RM100 juta.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata masa perjalanan dari Sapulut ke pekan Pagalungan dapat dipendekkan daripada tiga jam kepada sejam apabila kerja-kerja menaik taraf jalan raya berkenaan siap sepenuhnya.

”Apabila terlaksana projek ini, ia akan membangun dan menggalakkan lagi sektor pertanian sekali gus meningkatkan taraf sosial serta ekonomi penduduk di Mukim Sapulut, Pagalungan dan Pensiangan.

“Pembinaan jalan ini juga adalah seiring dengan pembangunan yang sedang dilaksanakan oleh Indonesia untuk mewujudkan sebuah bandar baharu di Kalimantan Timur.

“Impak ekonomi secara keseluruhannya akan dapat dinikmati penduduk terutama di Sapulut, Pagalungan dan Pensiangan yang juga daerah terdekat,” katanya.

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Kekalahan pertama, NSFC perlu belajar kesilapan – Jurulatih
  • Peluang akhir atlet terjun negara buru slot ke Olimpik Mei ini

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.