Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Projek rintis bas elektrik di Kota Kinabalu dijangka mula pertengahan tahun ini
  • »
  • BERNAMA
  • April 10, 2021April 10, 2021
  • 0

Projek rintis bas elektrik di Kota Kinabalu dijangka mula pertengahan tahun ini

 

KOTA KINABALU, 10 April — Warisan Harta Sabah Sdn Bhd (WHS) menerusi anak syarikatnya, Kojasa Holdings Berhad, dijadual memulakan projek rintis bas elektrik di sekitar ibu negeri ini selama enam bulan pada pertengahan tahun ini.

Pengarah Eksekutif WHS Mohd Syukor Abdul Mumin berkata di bawah projek itu, WHS yang juga cabang pelaburan Kerajaan Negeri Sabah, dijangka menerima 100 hingga 200 unit bas elektrik tersebut.

Pada masa sama, beliau menggesa agar pengusaha bas sedia ada tidak berasa bimbang kerana perkhidmatan bas elektrik tersebut tidak menjejaskan pendapatan mereka, sebaliknya turut memberi faedah kepada mereka.

“Kita akan jelaskan bahawa pendapatan mereka tidak akan berkurangan, malah bertambah. Apa yang kita mahu adalah mengurangkan kesesakan dan pencemaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) WHS dengan tiga syarikat — Gemilang Coachworks Sdn Bhd (GML) yang juga pengeluar bas elektrik, EPost dan Go Auto Group di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini, pada Sabtu.

Pada majlis disaksikan oleh Pengerusi WHS, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, WHS diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Rizal Dahli manakala GML diwakili Pengarah Urusan Pang Chong Yong, Epost oleh Pengarah Urusan Tobin Ng bersama Ketua Pegawai Operasi Mandy Chan dan Go Auto Group diwakili oleh Pengerusi Eksekutifnya Datuk SM Azli Nasimuddin Kamal dan Pengarah Eksekutif Farok Maasom.

Mohd Syukor berkata, MoU tersebut adalah di bawah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta dan sejajar dengan Revolusi Industri 4.0.

Kerjasama dengan Epost melibatkan WHS mewujudkan pembelian produk tempatan kendalian Kojasa Mart secara dalam talian yang menawarkan harga lebih rendah selain produk berkualiti.

“Ia (harga) adalah kira-kira lima peratus hingga 10 peratus lebih rendah daripada pasaran selain mengurangkan penglibatan orang tengah yang menjadi punca harga sukar diturunkan,” katanya.

Menurutnya, kemudahan gudang Kojasa Mart terdapat di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) manakala outlet di Inanam serta daerah lain termasuk Lahad Datu, Tawau dan Sandakan.

Bagi kerjasama dengan Go Auto Group, Mohd Syukor berkata syarikat terbabit akan mengeluarkan dana manakala WHS menyediakan prasarana termasuk keperluan membabitkan bidang logistik.

Malah, WHS kini dalam proses mencari lokasi sesuai seluas kira-kira 20.234 hektar bagi operasi Go Auto dan mengurangkan kos logistik selain menyediakan peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Terengganu peruntuk RM919,000 bantu 59 usahawan melalui skim tugas
  • China keluarkan kertas biru hubungan negara jiran

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.