Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Projek runding terus: MOT buat laporan polis terhadap Sabahkini2
  • »
  • BERNAMA
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

Projek runding terus: MOT buat laporan polis terhadap Sabahkini2

 

KUALA LUMPUR, 7 April  — Kementerian Pengangkutan (MOT) membuat laporan polis terhadap blog Sabahkini2, susulan satu artikel blog itu yang mengaitkan Ketua Setiausahanya membuat rundingan terus, bagi projek di bawah kementerian.

Menurut kenyataan hari ini MOT yang menepis fitnah yang dilemparkan blog berkenaan, turut memaklumkan kementerian itu akan mendapatkan nasihat daripada peguam untuk tindakan selanjutnya.

Bagi menepis dakwaan artikel itu, MOT menjelaskan Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab meluluskan perolehan secara rundingan terus, bukannya kementerian pelaksana.

“Iklan tender bagi Perolehan 10 Set (6 Car) Electric Train Set (ETS) Baharu dipamer pada 23 Jan 2020. Selepas tutup tempoh tender, hanya tiga petender yang mengemukakan cadangan dan Laporan Penilaian Tender telah dibentangkan kepada Lembaga Perolehan pada 23 Jun 2020.

“Kesemua petender tidak mencapai markah lulus bagi penilaian kewangan dan teknikal, kerana tidak mencapai kriteria-kriteria yang ditetapkan di dalam dokumen tender,” menurut kenyataan itu.

Oleh itu MOT menyatakan, kerajaan mencadangkan proses secara rundingan terus kerana tiada petender yang lulus, memandangkan proses tender semula akan mengambil masa serta kesukaran mendapat syarikat yang berdaftar di bawah kategori pembuatan tren.

Menurut kenyataan itu, kerajaan menetapkan anggaran jabatan bagi perolehan projek itu dengan RM587 juta, tetapi perolehan secara rundingan terus dengan syarikat yang dianugerahkan kontrak adalah RM456 juta, iaitu penjimatan RM131 juta.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan laporan blog Sabahkini2 pada 1 April lepas bertajuk, “Dulu di MOTAC disiasat SPRM, kini di MOT KSU buat ‘Runding Terus KTMB’ untuk kroni?”.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • OKU digesa daftar dengan JKM untuk disertakan dalam Program Imunisasi COVID-19
  • Real Madrid aibkan Liverpool dalam aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.