Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Pulau Songsong antara destinasi diberi tumpuan rancakkan kembali pelancongan Kedah
  • »
  • BERNAMA
  • April 8, 2021April 8, 2021
  • 0

Pulau Songsong antara destinasi diberi tumpuan rancakkan kembali pelancongan Kedah

 

YAN, 8 April — Keindahan alam semula jadi dengan flora dan fauna yang belum diterokai sepenuhnya menjadikan Pulau Songsong, di sini sebagai salah satu destinasi yang diberi tumpuan Tourism Malaysia untuk merancakkan kembali aktiviti pelancongan di daerah ini khususnya dan Kedah amnya.

Pengurus Kedah Tourism Nor Azlan Fitri Abd Razak berkata menyedari potensi dimiliki pulau kecil yang tidak berpenghuni itu, pihaknya dengan kerjasama Majlis Daerah Yan (MDY) akan menaik taraf pelbagai kemudahan sesuai bagi ‘menyambut’ kehadiran pelancong.

“Kita akan melakukan kerja menaik taraf kemudahan asas seperti tandas dan surau di Pulau Songsong yang akan dilakukan dalam masa terdekat dan dijangkakan siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.

“Dataran di Pulau Songsong ini juga akan dibina dengan kemudahan lampu di sekelilingnya dan MDY juga difahamkan akan menempatkan kakitangan di pulau itu untuk menjaga kebersihan pulau dan keselamatan pengunjung,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pakej Pelancongan ke Daerah Kuala Muda dan Yan Pasca PKP di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara M. Yoganthiran. Turut diadakan aktiviti gotong-royong membersihkan pulau berkenaan anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama MDY, Komuniti Bot Pulau Songsong dan ejen pelancongan MLS Travel and Tours.

Sementara itu, Yoganthiran berkata Pulau Songsong menjadi salah satu destinasi pelancongan yang tersenarai di dalam pakej pelancongan yang baharu diperkenalkan itu selain beberapa destinasi yang ada di daerah ini dan Kuala Muda.

Katanya, pakej pelancongan yang dilancarkan dengan kerjasama MLS Travel and Tours itu bertujuan menyemarakkan semula sektor berkenaan yang terjejas teruk ekoran penularan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pelancaran pakej pelancongan ini menunjukkan Kedah telah bersedia menerima kunjungan pelancong dan bersedia menawarkan pelbagai pakej dan tawaran menarik bagi pelancong melawat negeri ini,” katanya.

Pengarah Urusan MLS Travel and Tours Ng Kooi Wei pula berkata terdapat lebih 10 destinasi pelancongan menarik yang ditawarkan menerusi pakej pelancongan itu antaranya Sungai Batu, Muzium Arkeologi, Gunung Jerai dan Tanjung Dawai selain Pulau Songsong, Pulau Bidan serta Pulau Telur.

“Kita jangkakan selepas PKP ini, lebih ramai lagi akan datang ke pulau ini selain destinasi lain…buat masa ini pelancong hanya terdiri daripada rakyat Kedah,” katanya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk, twk

Editorial

  • 40 individu dikompaun berada di kafe melebihi masa ditetapkan
  • ECERDC, UniSZA sasar 100 Orang Asli bagi latihan keusahawanan empower ECER

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.