Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Rakyat tempatan digalakkan isi 32,000 kekosongan sebagai penuai kelapa sawit
  • »
  • BERNAMA
  • April 11, 2021April 11, 2021
  • 0

Rakyat tempatan digalakkan isi 32,000 kekosongan sebagai penuai kelapa sawit

KUALA TERENGGANU, 11 April — Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi mengutamakan rakyat Malaysia untuk mengisi 32,000 kekosongan sebagai penuai buah kelapa sawit dan akan terus memperluaskan maklumat dan iklan pengambilan pekerja untuk mengisi kekosongan itu.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata walaupun kementerian sudah banyak melaksanakan karnival kerjaya dan iklan secara besar-besaran termasuk menerusi laman web JobsMalaysia, sambutan rakyat Malaysia untuk pekerjaan itu masih kurang memberangsangkan.

“Mungkin juga ada yang tahu, cuma mereka kurang menerima maklumat yang tepat…mungkin ada yang sangka gaji untuk penuai buah kelapa sawit ini hanya antara RM1,000 hingga RM2,000 sahaja…kerja pula agak berat menyebabkan mereka tidak berminat.

“Sedangkan ia tidak tepat. Kerjaya ini mampu memberi pendapatan sehingga RM3,000 malah disediakan penginapan yang selesa dengan kemudahan asas serta pendidikan anak-anak juga terjaga. Di saat rakyat Malaysia kurang pekerjaan (akibat pandemik COVID-19) inilah peluang yang perlu kita ambil dan isi segera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Malaysia Prihatin peringkat Parlimen Kuala Nerus di sini hari ini. Turut hadir, Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu Dr Alias Razak.

Mengulas lanjut, beliau berkata sekiranya rakyat Malaysia masih tidak berminat untuk mengisi kekosongan jawatan itu, kementerian terpaksa meneruskan permohonan syarikat perladangan untuk membawa masuk 32,000 pekerja asing bagi memastikan kerja-kerja penuaian di ladang sawit tidak terjejas.

“Namun, sudah pasti syarat-syarat yang ketat akan dikenakan kepada syarikat perladangan yang terlibat (bagi membendung penularan COVID-19). Perkara itu masih dalam rundingan dan belum ada kata putus. Namun, kementerian tetap berharap agar rakyat tempatan akan mengambil peluang ini sebaiknya,” katanya.

Masalah kekurangan pekerja dalam sektor perladangan terutama bahagian penuaian berlaku selepas ramai pekerja asing pulang ke negara asal ketika COVID-19 berlaku dan mereka gagal kembali semula ke Malaysia disebabkan sempadan negara masih ditutup.

Mohd Khairuddin berkata mereka yang berminat untuk mengisi kekosongan itu boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman web kementerian, syarikat-syarikat perladangan negara atau melalui  JobsMalaysia.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial2

  • Operasi bazar Ramadan di Kelantan dibatalkan
  • 65 bazar Ramadan bakal beroperasi di sekitar KL – DBKL

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.