Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • #RasuahBusters kempen kesedaran perangi rasuah peringkat awal – Hussamuddin
  • »
  • Berita
  • April 5, 2021
  • 0

#RasuahBusters kempen kesedaran perangi rasuah peringkat awal – Hussamuddin

SHAH ALAM, 5 April — Kempen #RasuahBusters adalah gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat untuk menghapuskan budaya memberi atau menerima rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa dalam ekosistem di negara ini.

Sumber Foto : BERNAMA

Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata #RasuahBusters yang diasaskan pada Januari lepas, akan lebih bersifat kepada kempen kesedaran memerangi kegiatan tidak bermoral di peringkat awal.

Hussamuddin yang juga Ketua Pasukan #RasuahBusters berkata gerakan dibawah Kempen Sinar Untuk Malaysia itu dilaksanakan hasil sumbang saran 15 orang ahli pasukan teras dari pelbagai latar belakang dalam memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menjauhi amalan tersebut di peringkat pemberian dan penerimaan rasuah khususnya.

Pasukan teras #RasuahBusters, katanya, bertindak sebagai gandingan pemikir dalam penyusunan strategi, pengurusan komunikasi dan gerak kerja serta pembentukan jalinan strategik antara individu dan pelbagai kumpulan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Ia juga bertujuan untuk membawa kepada sebuah reformasi moral dan integriti dengan matlamat perjuangan yang seiring membanteras ‘pandemik’ rasuah.

“Kita masih di peringkat permulaan fasa pertama (kesedaran), ia mungkin akan ambil masa untuk sampai ke fasa reform (perubahan) namun kempen akan dijalankan berterusan,” katanya selepas majlis pengumuman Pasukan Teras #RasuahBusters di sini hari ini.

 Hussamuddin berkata fokus utama kempen #RasuahBusters ini akan lebih ditumpukan kepada persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk bergandingan dengan pihaknya dalam menyampaikan mesej bahaya rasuah secara berkesan di samping mengalu-alukan orang ramai untuk menjadi sukarelawan #RasuahBusters.

Beliau berkata kempen yang menggunakan slogan ‘Mak Kata Jangan’ sebagai sebahagian daripada strategi memperhebatkan misi #RasuahBusters, merupakan anologi terbaik pihaknya dalam menerapkan peranan golongan ibu tidak kira bangsa dan agama dalam memelihara, memperbaiki nilai serta karakter seseorang anak.

Hussamuddin berkata pelancaran slogan terbaharu itu juga menandakan fasa baharu dalam kempen yang dijalankan bagi membendung amalan rasuah dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ia turut menekankan nilai-nilai integriti dalam melahirkan moral dan karakter bangsa yang bertamadun serta berjaya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal https://sinaruntukmalaysia.com.my/rasuah-busters/ atau pelbagai sosial media rasmi #RasuahBusters.

 

Sumber : BERNAMA 
Tags: fbk, Rasuah, twk

admin

  • Banjir Kilat di Batu Pahat
  • Pertemuan Muhyiddin, Sultan Brunei kukuh hubungan Malaysia-Brunei – Hishammuddin

Jemput baca

WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.