Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Replika capal perlu dialihkan ke ruang bersesuaian – Jabatan Mufti Perak
  • »
  • Berita
  • April 6, 2021
  • 0

Replika capal perlu dialihkan ke ruang bersesuaian – Jabatan Mufti Perak

IPOH, 6 April — Replika papan kayu berbentuk capal (kasut) yang menghiasi bahagian mihrab di sebuah surau di Perak yang tular di media sosial baru-baru ini, disarankan untuk dialihkan ke suatu ruang yang lebih munasabah dan bersesuaian.

“Dalam masa yang sama, netizen dan orang ramai dinasihatkan agar menjauhi perbuatan melabel sesuatu pihak dengan label yang melampau seperti kafir, fasiq dan sebagainya tanpa melakukan proses tabayyun terlebih dahulu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNP) dalam satu kenyataan berkata pihak surau atau madrasah berkenaan perlu peka dengan persekitaran semasa dan telahan masyarakat awam dengan menutup pintu-pintu fitnah serta menolak perkara yang boleh membawa kepada unsur pemujaan.

“Ini bersesuaian dengan konsep sad al’zariah dengan maksud menutup pintu-pintu atau jalan-jalan yang boleh membawa kepada perkara yang diharamkan.

“Dalam masa yang sama, netizen dan orang ramai dinasihatkan agar menjauhi perbuatan melabel sesuatu pihak dengan label yang melampau seperti kafir, fasiq dan sebagainya tanpa melakukan proses tabayyun terlebih dahulu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Menurut kenyataan itu, siasatan awal mendapati simbol itu diletakkan di bahagian mihrab setahun yang lalu dan perbuatan itu diakui pihak pengurusan madrasah atau surau berkenaan sebagai hanya sekadar untuk hiasan.

“JMNP setelah meneliti dengan penuh hemat dan saksama bahawa hasrat mereka yang terlibat adalah untuk menzahirkan kecintaan kepada Baginda Nabi Muhammad SAW. Namun, perbuatan ini telah menimbulkan pelbagai andaian sehingga pernyataan yang tidak wajar terhadap urusan agama yang suci ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, isu capal berkenaan mempunyai kaitan dengan tabarruk iaitu mengambil keberkatan terhadap sesuatu yang terkait dengan peninggalan Nabi Muhammad SAW.

“Hukum tabarruk dengan kesan-kesan Nabi memang dibolehkan dalam Islam berdasarkan hadis-hadis yang sahih, tetapi ia adalah kesan langsung dari peninggalan Nabi seperti capal, bekas minuman, rambut Nabi dan sebagainya, adapun replika ia bukan lagi disebut ‘athar al-nabiy’.

“Kecintaan kepada Nabi dan insan yang soleh di sisi Allah boleh dizahirkan dengan pelbagai cara dan pendekatan yang sewajarnya dan hendaklah menjauhi dari membuka ruang kepada perkara yang boleh membawa kepada bid’ah, tahyul, khurafat dan sebagainya yang jauh dari ajaran syarak,” katanya.

Isu simbol capal yang menghiasi bahagian mihrab di sebuah surau dipercayai di sebuah surau madrasah di Lenggong itu tular di media sosial baru-baru ini sehingga mengundang pelbagai spekulasi.

Sumber : BERNAMA

Tags: Capal, fbk, JMNP, tgk, twk

Editorial

  • KPDNHEP T’ganu rampas 53,000 liter minyak diesel diseleweng
  • UTM Merapati Alam: Program Trans Bukit Payung

Jemput baca

WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.