Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Ribuan ditahan dalam operasi Interpol di Amerika Selatan
  • »
  • BERNAMA
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

Ribuan ditahan dalam operasi Interpol di Amerika Selatan

 

MOSCOW, 7 April — Hampir 4,000 suspek di Amerika Selatan ditahan dan kira-kira 200,000 senjata api, peralatan, komponen, peluru serta bahan letupan disita dalam operasi dilancarkan Interpol, lapor Sputnik.

Interpol dalam satu kenyataan pada Selasa berkata operasi ‘Trigger VI’ dengan kerjasama Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Dadah dan Jenayah (UNODC) dijalankan dari 8 hingga 28 Mac di 13 negara Amerika Selatan.

“Ratusan ribu orang diperiksa dan kenderaan digeledah. Operasi babitkan  polis, kastam, pihak berkuasa sempadan dan pendakwa membolehkan hampir 10,000 pemeriksaan dilakukan berdasarkan pangkalan data INTERPOL untuk mengesan senjata api haram dan jenayah terancang.

“Senjata api haram menjadi ancaman serius terhadap keselamatan dan kestabilan di Amerika Selatan. Justeru, kerjasama pelbagai agensi penting untuk mengenal pasti dan membongkar jenayah terancang dan kumpulan pengganas yang terlibat.

“Operasi Trigger VI berjaya merampas ribuan senjata haram milik penjenayah dan membuktikan komitmen jitu penguatkuasaan di Amerika Selatan walaupun menghadapi cabaran pandemik,” kata Ketua Setiausaha Interpol Jurgen Stock.

Menerusi operasi itu anggota kumpulan jenayah di Uruguay berjaya ditahan; sejumlah besar senjata api di Peru dan Brazil disita; penahanan seorang warga Colombia yang dikehendaki Interpol; lebih 21 tan kokain, ganja dan bahan kimia dirampas; dan 33 disyaki mangsa pemerdagangan orang diselamatkan.

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, Interpol, Moscow, tgk, twk

Editorial

  • Lima unit kediaman di Pondok Pasir Tumboh musnah terbakar
  • Felda masih teruskan usaha pengambilalihan FGV Holdings

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.