Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • RichWorks anjur program perniagaan dalam talian secara percuma
  • »
  • Berita
  • April 4, 2021
  • 0

RichWorks anjur program perniagaan dalam talian secara percuma

KUALA LUMPUR, 4 April — Orang ramai yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan dipelawa menyertai Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya-Edisi Khas Nak Mula Berniaga anjuran RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks).

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) Radz Mohd berkata program itu yang akan dijalankan dari 23 hingga 25 April ini adalah percuma dan ditaja sepenuhnya oleh RichWorks.

“Bakal peserta cuma perlu membuat pendaftaran menerusi laman web di www.BinaBisnesBerjaya.com untuk menempah tiket hadir di program virtual online ini.

Sumber Foto : BERNAMA

“Mari kita beri peluang kepada diri sendiri untuk sertai dan dapatkan sebanyak ilmu terbukti berjaya yang akan dikongsikan nanti bagi bantu anda mula dalam bisnes. Mulakan langkah anda sekarang, masih belum terlambat,” katanya dalam kenyataan selepas pelancaran program itu

Beliau berkata terdapat banyak peluang untuk menjana pendapatan dalam era digitalisasi ketika ini lebih-lebih lagi ketika orang ramai meluangkan banyak masa dengan aktiviti secara dalam talian seperti media sosial.

Selain itu, katanya terdapat juga usahawan yang tidak tahu cara untuk berniaga dengan betul menyebabkan mereka tidak dapat menjana hasil seperti diharapkan.

“Ada segelintir mereka hanya mula berniaga sebab terikut kawan ataupun nak keuntungan cepat yang akhirnya buatkan ia tidak bertahan lama. Sebab itu ada yang tukar-tukar bisnes macam tukar baju,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut, Radz berkata mereka yang berminat menceburi bidang perniagaan boleh berjaya menerusi formula ‘MESTI’ iaitu mentor, ‘elmu’, sistem, tindakan dan impian yang dapat mengelakkan usahawan melakukan kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan atau lingkup.

RichWorks yang diasaskan pada 2008, merupakan syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam keusahawanan dan pemasaran di negara ini serta telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri.

 Sumber : BERNAMA
Tags: Bisnes, fbk, Perniagaan, RichWorks, twk

Editorial

  • Komuniti Cinta Lestari: Tidak Berpisah dengan Masyarakat Lokal
  • Negara perlukan ‘ramuan’ politik baharu utamakan kepentingan rakyat – Rais Yatim

Jemput baca

WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.