Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Ringgit dijangka bergerak dalam jajaran kecil berbanding Dolar US minggu depan
  • »
  • Berita, Ekonomi
  • April 3, 2021
  • 0

Ringgit dijangka bergerak dalam jajaran kecil berbanding Dolar US minggu depan

KUALA LUMPUR, 3 April — Ringgit dijangka bergerak dalam jajaran kecil dengan risiko penurunan pada minggu depan antara 4.1350-4.1470 di tengah-tengah potensi harga minyak yang lebih baik dan kebimbangan terhadap kelembapan pemulihan ekonomi global.

Penganalisis berkata, permintaan yang stabil terhadap minyak pada minggu lepas mungkin akan meningkat susulan data yang menunjukkan peningkatan aktiviti perjalanan udara terutamanya daripada dua pengguna utama iaitu Amerika Syarikat (AS) dan China.

“Permintaan dan output bagi operasi perniagaan dilihat turut bergerak seiring, menunjukkan kestabilan pasaran minyak global yang memihak kepada ringgit kerana ia berhubung kait dengan harga minyak,” katanya.

Pada Jumaat, sehingga 6.15 pagi waktu CST, kontrak Mei bagi minyak mentah Brent naik hampir 3.4 peratus untuk diniagakan pada US$64.86 setong.

Dalam pada itu, penganalisis berkata sokongan kepada ringgit mungkin diimbangi oleh laporan terkini Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyatakan nisbah hutang isi rumah kepada keluaran dalam negara kasar untuk meningkat kepada puncak baharu iaitu 93.3 peratus pada Disember 2020 berbanding rekod tertinggi sebelum ini iaitu 87.5 peratus pada Jun 2020.

Dalam laporan Tinjauan Kestabilan Kewangan-Separuh Kedua 2020, bank pusat berkata kebimbangan terhadap hutang isi rumah yang tinggi ialah ia mungkin menyebabkan pengurangan hutang yang cepat oleh isi rumah selepas berlakunya krisis, sekali gus menjejaskan atau menggagalkan pemulihan ekonomi.

“Ini mungkin menunjukkan lebih ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai pendapatan boleh guna atau wang yang mencukupi dan ini secara tidak langsung akan memberi impak kepada sektor perkhidmatan dan runcit kerana belanjawan yang lebih ketat, sekali gus tidak mampu merangsang pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata dengan pergerakan meningkat harga minyak, lebih banyak tekanan wujud dalam perbelanjaan pengguna dan inflasi akan meningkat, dipacu oleh guna tenaga tidak penuh.

“Dalam keadaan ini, saya berpendapat Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak boleh ditingkatkan secara signifikan, sekurang-kurangnya dalam masa setahun akan datang kerana masa diperlukan untuk memperbaiki pasaran buruh,” katanya.

Sementara itu, disokong keyakinan kepada pemulihan ekonomi AS yang tinggi dan kestabilan harga minyak, Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes menjangkakan ringgit untuk bergerak di antara 4.13 dengan 41.5 berbanding dolar US.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding dolar US kepada 4.1380/1420 daripada 4.1445/1485 pada minggu terdahulu.

Unit tempatan turut diniagakan lebih rendah berbanding kumpulan mata wang lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0780/0816 daripada 3.0778/0814 pada minggu sebelumnya dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.7455/7494 daripada 3.7853/7900.

Ringgit turun berbanding pound Britain kepada 5.7241/7309 daripada 5.7153/7224 pada Jumaat lepas dan berkurangan berbanding euro kepada 4.8733/8797 daripada 4.8872/8927 pada minggu lepas.

Sumber : BERNAMA
Tags: fbk, Forex, Matawang, twk

Editorial

  • Niaga hadapan MSM dijangka diniagakan rendah minggu depan susulan jangkaan output tinggi
  • Kerjasama China-Malaysia berpotensi besar untuk terus berkembang

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.