August 12, 2022

Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$108.6 bilion pada 31 Mac, 2021

0 0
Read Time:1 Minute, 11 Second

 

KUALA LUMPUR, 7 April — Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$108.6 bilion pada 31 Mac, 2021 berbanding US$109.2 bilion pada 15 Mac, 2021.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata kedudukan rizab itu adalah memadai untuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing, jelasnya.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (US$100.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$2.1 bilion) dan lain-lain aset rizab (US$3.0 bilion).

Aset-aset berkenaan merangkumi emas dan pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR bernilai RM451.0 bilion, Kertas Kerajaan Malaysia (RM11.46 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.60 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM19.17 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM11.96 bilion).

Menurut bank pusat itu lagi  modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM174.82 bilion), mata wang dalam edaran (RM139.40 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM152.47 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM3.49 bilion), lain-lain deposit (RM13.02 bilion), kertas Bank Negara (RM7.22 bilion), peruntukan SDR (RM7.91 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM4.99 bilion).

 

Sumber : BERNAMA

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published.