
PASIR MAS, 1 April — Sejumlah RM500 juta diperuntukkan sebagai kos pelaburan untuk Projek Tenaga Solar Terapung di Tasik Danau To’ Uban, di sini, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata projek yang diintegrasikan dengan aktiviti ternakan ikan dan pelancongan itu bakal menjadi ladang solar terapung yang terbesar di Asia Tenggara.
Katanya kerajaan negeri melantik Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUM) sebagai rakan strategik dalam membangunkan industri teknologi hijau di Kelantan.
Sumber : BERNAMA
Leave a Reply