Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Sabah sediakan 35,000 benih durian musang king bersubsidi untuk petani
  • »
  • Berita
  • April 6, 2021
  • 9

Sabah sediakan 35,000 benih durian musang king bersubsidi untuk petani

KOTA KINABALU, 6 April — Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah melalui Jabatan Pertanian Sabah (JPS) telah menyediakan sebanyak 35,000 benih durian Musang King bersubsidi berkualiti tinggi untuk diagihkan kepada petani di seluruh negeri ini.

“Setiap petani yang layak akan menerima 50 hingga 200 benih durian Musang King bergantung kepada keluasan tanah pemohon,” katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Tanaman Durian Musang King oleh syarikat Zamri Agro Farm di Kinarut dekat sini, hari ini.

Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah I Datuk James Ratib berkata setakat ini, JPS telah mengagihkan lebih 20,000 subsidi benih berkenaan dan selebihnya diagihkan kemudian setelah lebih banyak bekalan benih durian Musang King yang terhad itu diperoleh.

“Setiap petani yang layak akan menerima 50 hingga 200 benih durian Musang King bergantung kepada keluasan tanah pemohon,” katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Tanaman Durian Musang King oleh syarikat Zamri Agro Farm di Kinarut dekat sini, hari ini

Beliau berkata kementeriannya sangat mengalu-alukan penglibatan orang ramai khususnya penduduk di kawasan luar bandar untuk menceburi pertanian khususnya penanam durian Musang King yang kini mempunyai potensi pasaran yang sangat besar.

“Oleh itu, saya meminta kerajaan Sabah ini dapat menyediakan peruntukan yang lebih besar untuk penyediaan benih durian Musang King bersubsidi kepada para petani yang layak,” tambahnya.

Sementara itu, James turut menggesa JPS untuk menghantar lebih ramai kakitangannya untuk berkursus atau mempelajari ilmu pertanian khususnya cara penanaman durian Musang King.

“Kakitangan JPS yang telah mempelajari ilmu tentang cara penanaman durian Musang King yang betul kemudiannya boleh turun padang dan membantu para petani yang kini sedang berkecimpung dalam penanaman durian berkenaan,” katanya.

Pada masa yang sama, James berkata kementeriannya memerlukan seorang penasihat yang mempunyai pengetahuan luas dalam bidang penanaman durian Musang King agar Sabah boleh menjadi hab untuk menanam dan mengeksport durian berkenaan.

“Sabah mempunyai potensi besar untuk menjadi hab penanaman durian Musang King kerana mempunyai keluasan tanah yang sangat besar dan ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin,” katanya.

Sumber : BERNAMA
Tags: Durian, fbk, JPS, Musang King, Pertanian, tgk, twk

Editorial

  • Iran hasilkan sendiri vaksin COVID-19 secara besar-besaran
  • KPDNHEP T’ganu rampas 53,000 liter minyak diesel diseleweng

Jemput baca

WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

9 Comments

  1. Avatar

    Eramah Rukut

    April 6, 2021 at 8:44 pm
    Reply

    Saya mau tanam durian musa king masih luas kawasan tanah belum dibuka

  2. Avatar

    Lina Binti Empang

    April 7, 2021 at 12:07 pm
    Reply

    Bagi Mana cara memohon. Saya ada 2 ekar tanah yg ada.buah buahan tp blm penuh. Tanam durian kampung saja. Masih banyak tempat kosong yg belum d tanam. Terima kasih

    1. Avatar

      admin

      April 7, 2021 at 2:49 pm
      Reply

      boleh tanya pada pihak JPS sendiri..saya hanya menyampaikan info

    2. Avatar

      Hock

      April 8, 2021 at 2:21 pm
      Reply

      Belajar graft durian pilihan keatas durian kampung

  3. Avatar

    nisha ariffin

    April 7, 2021 at 2:31 pm
    Reply

    how to apply? tq

    1. Avatar

      admin

      April 7, 2021 at 2:49 pm
      Reply

      boleh tanya pada pihak JPS sendiri..saya hanya menyampaikan info

  4. Avatar

    Ruspita Bondior@Rustipa

    April 8, 2021 at 8:25 am
    Reply

    Saya sangat berminat utk menceburi dlm penanaman durian musaking dan saya harap benih2 ini sampai kpd pihak petani2 yg amat memerlukan dan masih ketinggalan dlm bidang tersebut

  5. Avatar

    Piturus Atoi Piturus Atoi

    April 8, 2021 at 12:47 pm
    Reply

    Saya mohon pencerahan adakah status tanah LA layak mohon subsidi pokok durian musangking ? Tq

    1. Avatar

      ALEXANDER YONG

      April 9, 2021 at 7:00 pm
      Reply

      Tanah kerajaan yg masih tahap permohonan tanah TIDAK LAYAK kerana tanah tersebut bukan miliknya.

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.