Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Gandingan sahabat baik hasilkan snek organik ‘Cravia’
  • »
  • Berita, BERNAMA
  • May 1, 2021May 3, 2021
  • 0

Gandingan sahabat baik hasilkan snek organik ‘Cravia’

SEREMBAN, 1 Mei  — Dalam usaha menggalakkan amalan pemakanan sihat, cetusan idea kolaborasi dua sahabat baik Nini Dzuraini Abdullah dan Noorul Halimin Sabran telah menghasilkan snek Cravia berasaskan lobak merah, bertapak hampir tiga tahun dalam pasaran tempatan. 

Menerusi syarikat pengeluar makanan ringan, Oishiy Rich Empire yang diusahakan mereka, snek tersebut mengandungi kombinasi 80 peratus lobak merah, 20 peratus tepung dan gula stevia, garam serta pewarna makanan dibenarkan.

Pengurusnya, Nini Dzuraini, 51, berkata perniagaan diusahakan bersama rakan kongsinya itu tidak mengunakan monosodium glutamate (MSG), perasa tiruan dan bahan pengawet dalam menghasilkan kerepek berkenaan.

“Kita mahu galakkan masyarakat ambil snek lebih baik yang berasaskan sayur-sayuran selain tidak mengandungi kalori tinggi,” katanya kepada Bernama baru-baru ini. 

Katanya, pada masa ini, Oishiy Rich Empire mencatatkan nilai jualan sebanyak RM20,000 hingga RM25,000 sebulan dan pendapatan mampu mencecah RM40,000 apabila tiba musim perayaan.

Jelasnya, perniagaan mereka itu mendapat bimbingan daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), MARDI dan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan.

Susulan sambutan mengalakkan, Nini Dzuraini berkata syarikat menyasarkan jualan RM650,000 menjelang akhir tahun ini serta optimis meraih jualan sehingga RM1 juta apabila kelengkapan mesin dapat disediakan pada tahun depan.

Katanya, snek berkenaan dihasilkan dengan tiga jenis perisa iaitu asli, cheese dan pedas yang dijual pada harga RM3.80 bagi 30 gram, RM17 (200 gram) dan RM27 bagi 500 gram.

Ditubuhkan pada 2018 dengan modal sendiri sebanyak RM20,000, syarikat itu terus berkembang dan kini turut memasarkan snek muruku jenama Minys sebagai pendapatan tambahan syarikat yang dijual pada harga RM9.50 bagi 150 gram, RM17 (300 gram) dan RM22 bagi 500 gram.

Oishiy Rich Empire yang terletak di Balai Informasi Pertanian, Lenggeng, mempunyai lima pekerja dan beroperasi setiap hari kecuali Ahad bermula 8 pagi sehingga 5 petang.

Beliau berkata produk Cravia dan Minys boleh menerusi enam stokis dan 55 ejen yang dilantik antaranya Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Kedah dan Pulau Pinang atau menerusi pembelian secara dalam talian di platform Shopee serta website rasmi syarikat craviaminys.com.

Selain itu pelanggan juga boleh mendapatkan produk berkenaan di Malakat Mall, Cyberjaya dan kedai Mesra Petronas khususnya di sekitar Negeri Sembilan manakala pelanggan berhampiran boleh hadir ke tempat operasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: Cravia, Snek Lobak, tgk

Editorial2

  • Tanah status pertanian boleh bangunkan ladang solar – Exco
  • Ilustrator digital jadikan TikTok platform jana pendapatan

Jemput baca

WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.