Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Saingan acara pecut GP Malaysia hilang seri
  • »
  • BERNAMA, Sukan
  • April 9, 2021April 9, 2021
  • 0

Saingan acara pecut GP Malaysia hilang seri

KUALA LUMPUR, 9 April — Susulan kecederaan, jaguh pecut Asia Tenggara Muhammad Haiqal Hanafi dan pemegang rekod lompat jauh kebangsaan Andre Anura Anuar yang tidak menyertai Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia bermula esok, di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, bakal menjadikan acara itu hilang seri.

Saingan bagi kategori wanita juga dijangka hambar apabila ratu pecut negara Zaidatul Husniah Zulkifli yang kini dalam proses pemulihan kecederaan tidak mengambil bahagian dalam kejohanan selama dua hari itu.

Namun, Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk S.M.Muthu optimis persaingan sengit tetap bakal berlaku apabila kejohanan itu menghimpunkan 121 atlet seluruh negara terdiri daripada atlet program Podium, pelapis dan atlet negeri di luar program olahraga kebangsaan.

Katanya, antara atlet utama yang akan memeriahkan kejohanan itu adalah pemegang rekod lompat kijang kebangsaan dan pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 Muhammad Hakimi Ismail, pemegang rekod 100m kebangsaan Khairul Hafiz Jantan dan jaguh baling tukul besi negara Jackie Wong.

“GP Malaysia ialah kejohanan pertama dalam kalendar KOM tahun ini, walaupun tidak sebesar edisi 2019 tetapi ia akan pasti memberi satu landasan pertandingan yang berdaya saing kepada atlet,” katanya pada sidang media kejohanan itu di Stadium Mini MSN di sini, hari ini.

Muhammad Haiqal yang memenangi pingat emas Sukan SEA 2019 di Filipina mengalami kecederaan buku lali sementara Andre Anura dihimpit kecederaan tendon.

Pada masa sama, Muthu berkata GP Malaysia kali ini merupakan kejohanan kompetitif pertama buat sebahagian besar atlet olahraga negara sejak penularan pandemik COVID-19 pada Mac tahun lepas.

Katanya, kelulusan diberikan kerajaan untuk menganjurkan kejohanan tersebut secara tidak langsung dapat memberi aura pertandingan yang diperlukan atlet dalam usaha masing-masing melayakkan diri ke kejohanan antarabangsa, terutama temasya Sukan Olimpik Tokyo pada Julai dan Sukan SEA 2021 di Vietnam.

Sementara itu, Muthu berkata di bawah prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan, GP Malaysia diadakan tanpa kehadiran penonton.

Dalam pada itu, katanya KOM turut merancang untuk mengadakan Kejohanan Terbuka Malaysia pada 11-13 Jun dan Kejohanan Bawah 20 Tahun Kebangsaan pada 24 dan 25 Julai depan.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Kerajaan negeri disaran wujud loji rawatan kumbahan serantau di zon industri
  • Guru berisiko tinggi fokus fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.