Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Alam Sekitar
  • »
  • SAM gesa JPS Pulau Pinang atasi masalah hakisan tebing Sungai Kerian
  • »
  • Alam Sekitar, BERNAMA
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

SAM gesa JPS Pulau Pinang atasi masalah hakisan tebing Sungai Kerian

 

GEORGE TOWN, 7 April  — Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang mengambil langkah-langkah awal dengan segera untuk mencegah hakisan tebing Sungai Kerian sebelum ia menjadi lebih buruk.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presidennya Meenakshi Raman berkata para nelayan di kawasan tersebut mendakwa antara punca kejadian adalah disebabkan oleh alun bot-bot besar yang membawa muatan berulang-alik menelusuri sungai berkenaan untuk ke pelantar pendaratan ikan di Jalan Ban Sungai Tok Tuntong, Nibong Tebal.

Menurutnya, lambakan kolam ternakan akuakultur yang begitu hampir dengan tebing sungai juga antara punca yang menyebabkan hakisan selain kemerosotan kualiti air sungai kerana sisa buangan kolam dialir ke Sungai Kerian.

“Sepanjang tinjauan SAM, kami berkesempatan melihat bot besar yang sedang membawa muatan menuju ke bangunan pendaratan ikan berkenaan.

“Jelas kelihatan alun daripada bot-bot besar yang berulang-alik menelusuri sungai ini mampu menyebabkan hakisan yang lebih serius sekiranya tiada penghadang semula jadi atau tembok penahan yang kukuh bagi mengelakkan berlakunya runtuhan tebing sungai,” katanya.

Tambahnya, pihak berkuasa perlu turun padang untuk membuat tinjauan bagi mengenal pasti sama ada dakwaan tersebut berasas dan merungkaikan segala permasalahan tersebut.

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • Polis kenal pasti lorong tikus jadi tumpuan penyeludup di sempadan
  • Sultan Mizan seru konsep kesepaduan ilmu diperhebatkan lagi di Terengganu

Jemput baca

70 PERATUS SAMPAH, SISA KIMIA?

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

WARISAN ALAM BUKIT PAYUNG DAN KRISIS

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.