Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Serpihan dipercayai komponen kapal selam TNI yang hilang Rabu lepas ditemukan
  • »
  • Berita, BERNAMA
  • April 24, 2021April 24, 2021
  • 0

Serpihan dipercayai komponen kapal selam TNI yang hilang Rabu lepas ditemukan

JAKARTA, 24 April — Beberapa serpihan dan barangan dipercayai komponen kapal selam KRI Nanggala 402 milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI) yang hilang Rabu lepas serta kesan tumpahan minyak ditemukan di perairan Bali.

Panglima TNI Hadi Tjahjanto dalam sidang media yang disiarkan menerusi youtube rasmi TNI (Puspen TNI) berkata dasar laut lokasi penemuan serpihan, barangan dan kesan tumpahan minyak itu pada kedalaman 850 meter.

Hadi Tjahjanto berkata kapal berkenaan yang diletakkan “submissed” sebelum ini atau terputus hubungan, kini diletakkan “menuju fasa tenggelam” (subsunk).

“Awal pagi tadi (jam 3 pagi) adalah batas akhir live support berupa ketersediaan oksigen di (kapal) Nanggala selama 72 jam, (oksigen kapal yang boleh bertahan selepas dilaporkan hilang dan dipercayai “blackout”),” katanya.

Antara barangan yang ditemukan pasukan pencari ialah bekas pelaras torpedo, paip pendingin, botol berwarna jingga dan sejadah.

KRI Nanggala 402 yang membawa 53 kru, dilaporkan terputus hubungan jam 4.25 pagi Rabu ketika dalam misi latihan penembakan torpedo, yang turut disertai 21 kapal TNI yang lain bersama lima pesawat tempur serta satu lagi kapal selam yang lain.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Cuepacs gesa henti sebar maklumat tidak tepat isu kompaun masjid
  • Potensi ekonomi e-sukan tidak boleh dipandang enteng – Reezal Merican

Jemput baca

WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.