Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Ekonomi
  • »
  • Shopee hubungkan pengguna dengan peniaga luar talian menerusi ciri ‘Deals Near Me’
  • »
  • BERNAMA, Ekonomi, Teknologi
  • April 14, 2021April 14, 2021
  • 0

Shopee hubungkan pengguna dengan peniaga luar talian menerusi ciri ‘Deals Near Me’

KUALA LUMPUR, 14 April  — Platform beli-belah dalam talian Shopee membangunkan ciri baharu ‘Deals Near Me’ pada dompet mudah alihnya ShopeePay untuk menghubungkan pengguna dengan peniaga luar talian.

Ketua ShopeePay Malaysia Alain Yee berkata ciri itu menawarkan ciri dalam talian kepada luar talian menerusi perkhidmatan berasaskan lokasi untuk membantu pengguna mendapat tahu mengenai baucar ShopeePay oleh peniaga berhampiran termasuk kafe, restoran dan perkhidmatan.

“Baucar ini akan membantu peniaga luar talian untuk berhubung dengan pengguna yang melayari secara dalam talian terlebih dahulu untuk mencari barangan keperluan harian dan makanan,” katanya semasa pelancaran jualan beli-belah terkininya, Raya Bersama Shopee, hari ini.

ShopeePay turut berhasrat menarik lebih ramai pengguna untuk menggunakan kemudahan e-dompetnya dengan menawarkan kempen pulangan wang tunai.

“Pengguna mungkin tidak menemui semua ciri ShopeePay daripada sebilangan peniaga. Justeru, kami terus mengembangkan asas kami dan bekerja dengan rakan luar talian untuk mendorong usaha itu,” kata Yee.

‘Deals Near Me’ membolehkan pengguna membeli baucar di aplikasi Shopee dan menebusnya di outlet yang menyertai untuk menikmati pulangan wang tunai apabila mereka membuat pembayaran melalui ShopeePay.

Sementara itu, Pengurus Kanan (Pemasaran) Shopee Malaysia, Tan Ming Kit berkata platform e-dagang itu akan memperkenalkan kempen Pesta Jualan Raya 5.5 untuk bulan Ramadan.

“Kami telah menjalankan kempen dua digit yang kukuh pada tahun ini bermula dengan Shopee 2.2 Double Double Sale (mulai 21 Jan hingga 2 Feb) dan kami menyaksikan peningkatan 4.5 kali dari segi pesanan ketika festival beli-belah itu berbanding minggu menjelang kempen berkenaan.

“Ini adalah beberapa perkara yang ingin kami laksanakan sepanjang tahun bagi memastikan kami mempunyai kesemua tarikh istimewa ini untuk memberi manfaat kepada pembeli dan pengguna kami,” katanya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Lelaki ceroboh dan mencuri di masjid, dipenjara lima bulan
  • RM420.8 juta pembiayaan mikro kredit disalurkan menerusi PENJANA — Tengku Zafrul

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.