Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Ekonomi
  • »
  • ShopeePay aktif dompet mudah alih bagi peniaga bazar
  • »
  • BERNAMA, Ekonomi, Masyarakat
  • April 30, 2021April 30, 2021
  • 0

ShopeePay aktif dompet mudah alih bagi peniaga bazar

KUALA LUMPUR, 28 April  — ShopeePay telah mengaktifkan dompet mudah alihnya untuk para peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri sebagai komitmen untuk mendigitalisasikan perniagaan mikro.

Usaha ini telah menyaksikan hampir 300 orang peniaga bazar dari Bazar Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Bazar Ramadan di Bandar Sri Permaisuri, Cheras menggunakan ShopeePay sebagai salah satu kaedah pembayaran.

Ketua ShopeePay Malaysia, Alain Yee berkata, peniaga luar talian terutamanya mikro dan bazar merupakan antara golongan yang paling teruk terjejas oleh wabak Covid-19.

“ShopeePay mengambil peluang untuk menghulurkan bantuan kepada mereka dengan memperkenalkan dompet mudah alih sambil menawarkan insentif khusus untuk membantu para peniaga bazar mencapai jumlah jualan yang lebih lumayan pada bulan Ramadan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

ShopeePay juga mengetepikan kadar diskaun peniaga (MDR) untuk sepanjang tempoh kempen bagi peniaga menggunakan dompet mudah alih ini sepenuhnya secara percuma.

“Dengan mengetepikan caj MDR, ia umpama menggunakan wang tunai kerana para peniaga akan mendapat 100 peratus daripada nilai jumlah jualan,” tambahnya lagi.

Kempen Tawaran Bazar Ramadan menawarkan para pengguna pulangan tunai sebanyak RM4 dengan pembelanjaan minimum RM8 di gerai-gerai peniaga yang mengambil bahagian dalam kempen ini.

Untuk menikmati pulangan wang tunai ini, para pembeli perlu membeli Baucar Bazar ShopeePay terlebih dahulu yang berharga 5 sen setiap satu melalui fungsi “Deals Near Me” atau di laman http://shopee.com.my/bazar.

Kemudian, mereka boleh mengimbas kod QR ShopeePay para peniaga dan pilih Baucar Bazar tersebut untuk bayar dan mendapatkan pulangan tunai RM4 itu.

Baucar Bazar ShopeePay akan dijual dengan harga 1 sen sahaja pada 5 Mei bersempena Pesta Jualan Raya Shopee semasa kempen Raya Bersama Shopee yang kini berlangsung sehingga 14 Mei.

Pengguna ShopeePay juga dapat menikmati pulangan tunai RM3 dengan pembelanjaan minimum RM15 sekali sehari.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: ramadan, Shopee, tgk

Editorial2

  • Permohonan biasiswa tajaan Jepun MEXT 2022 dibuka untuk pelajar Malaysia
  • Tanah status pertanian boleh bangunkan ladang solar – Exco

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.