
4 Mei — Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob mengadakan sidang media pada 5.30 petang tadi mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Berikut adalah rumusan tentang Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikemukakan oleh Datuk Seri Ismail Sabri tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), dan PKPP
PKPP di Daerah Selangor
Enam daerah ini di Selangor dikenakan PKPP bermula 6 hingga 17 Mei
- Hulu Langat
- Petaling
- Gombak
- Klang
- Kuala Langat
- Sepang
Premis makanan hanya boleh beroperasi dari 6 pagi – 12 malam.
Kedai-kedai dan farmasi hanya boleh beroperasi dari 6 pagi – 10 malam.
Pam-pam minyak boleh beroperasi 6 pagi – 12 malam kecuali yang berada di lebuhraya yang dibenarkan beroperasi selama 24 jam.
Hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi seperti biasa.
Pasar tani, pasar harian, pasar minggu dan pasar awam dibenarkan dari 6 pagi – 2 petang.
Bazaar Ramadan masih dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ketat mengikut kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Semua aktiviti sosial tidak dibenarkan di mana-mana kawasan PKPP.
Tiga daerah lain di Selangor yang tidak terlibat dengan PKPP masih dikenakan PKPB
- Sabak Bernam
- Kuala Selangor
- Hulu Selangor
Datuk Seri Ismail Yaakob berkata lagi, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meneliti cadangan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mengeluarkan SOP berkaitan sambutan Aidilfitri di seluruh Malaysia.
Antara SOP yang telah dipersetujui adalah :
Takbir Raya di Masjid atau Surau
PKP – dibenarkan
PKPB -dibenarkan
PKPP – dibenarkan
PKPD – tidak dibenarkan
Manakala takbir raya dari rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan sama sekali di seluruh Malaysia.
Solat Sunat Aidilfitri
PKP – dibenarkan
PKPB -dibenarkan
PKPP – dibenarkan
PKPD – tidak dibenarkan
Jamuan Hari Raya di Masjid
PKP – tidak dibenarkan
PKPB -dibenarkan
PKPP – dibenarkan
PKPD – tidak dibenarkan
Masjid dan surau yang membuat jamuan hari raya digalakkan buat secara berbungkus dan diedarkan pada jemaah-jemaah masjid atau surau yang hadir.
Jamuan Hari Raya di Rumah
PKP – tidak dibenarkan
PKPB -dibenarkan
PKPP – dibenarkan
PKPD – tidak dibenarkan
Ziarah Hari Raya
PKP
- dibenarkan pada 1 Syawal sahaja
- kehadiran tetamu adalah 15 orang dalam satu-satu masa mengikut saiz rumah masing-masing
PKPB
- dibenarkan pada 1-3 Syawal
- kehadiran tetamu adalah 20 orang dalam satu-satu masa mengikut saiz rumah masing-masing
PKPP
- dibenarkan pada 1-3 Syawal
- kehadiran tetamu adalah 25 orang dalam satu-satu masa mengikut saiz rumah masing-masing
PKPD
- tidak dibenarkan
Kesemua tuan rumah yang menerima pengunjung digalakkan menyediakan pengimbas suhu dan QR kod untuk memudahkan pengesanan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan Covid-19.
Ziarah Kubur
PKP
- tidak dibenarkan
PKPB
- dibenarkan
- kehadiran adalah 6 orang bagi 1 lot atau 1 petak kubur dalam satu-satu masa.
- masa yang disarankan adalah sebanyak 30 minit
PKPP
- dibenarkan
- kehadiran adalah 6 orang bagi 1 lot atau 1 petak kubur dalam satu-satu masa.
- masa yang disarankan adalah sebanyak 30 minit
PKPD
- tidak dibenarkan
Rumah Terbuka
Tidak dbenarkan di mana-mana kawasan seluruh Malaysia.
“Bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan dari segi kesihatan di seluruh kawasan Malaysia, penggunaan aplikasi MySejahtera diwajibkan,” kata beliau lagi.
Kesemua tempat awam, premis perniagaan, pejabat, masjid, serta rumah-rumah ibadat, atau semua premis yang menerima pengunjung diwajibkan pengunaan aplikasi MySejahtera.
Semua premis diwajibkan mendaftar dengan aplikasi MySejahtera manakala bagi kawasan-kawasan kampung atau pedalaman yang kurang atau tidak mempunyai capaian internet mereka dibolehkan memakai buku pendaftaran seperti biasa.
Sesiapa yang tidak berbuat demikian atatu disyaki melanggar SOP ini akan dikenakan tindakan undang-undang.
Kemudian, Datuk Seri Ismail Sabri menjawab soalan-soalan salah seorang dari wartawan dalam sesi soal jawab yang dikemukakan dari sidang media berkenaan. Berikut adalah rumusan dari sesi soal jawab yang telah berlaku:
Work From Home
Bagi pelaksanaan Work From Home (WFH) bagi perkhidmatan awam, ianya akan diumumkan tidak lama lagi dan bagi perkhidmatan swasta, ia akan diumumkan sendiri oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Rentas Daerah
Masih dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP.
Rentas Negeri
- tidak dibenarkan di seluruh kawasan Malaysia
- Pelajar IPT masih dibenarkan kecuali bagi kawasan PKPD, dan SOP pergerakan balik pelajar akan diumumkan sendiri oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Semua yang perlu merentas negeri atas alasan yang munasabah seperti berlaku kematian atau pengambilan suntikan vaksin perlulah melalui surat permohonan terlebih dahulu.
Tambah beliau lagi, berkaitan persoalan kebenaran rentas negeri orang-orang kenamaan, orang-orang terkenal atau rakyat biasa, ianya tertakluk pada kuasa dan budi bicara pihak polis yang terlibat dalam melakukan sekatan jalan raya.
Leave a Reply