Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Sistem MyUBAT diperluas kesemua fasiliti kesihatan di seluruh negara
  • »
  • Berita, BERNAMA, Teknologi
  • April 30, 2021April 30, 2021
  • 0

Sistem MyUBAT diperluas kesemua fasiliti kesihatan di seluruh negara

KUALA LUMPUR, 30 April  — Sistem Pengurusan Pembekalan Ubat bagi Sistem Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi atau MyUBAT telah diperluaskan penggunaannya di seluruh fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula 15 April lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata melalui sistem MyUBAT ia membolehkan pesakit memantau bekalan dan penggunaan ubat-ubatan mereka melalui telefon pintar.

“Selain itu, penggunaan sistem itu juga dapat memudahkan anggota di fasiliti farmasi menguruskan proses pendaftaran dan penyediaan ubat-ubatan susulan di kaunter-kaunter farmasi dengan lebih sistematik,” katanya dalam satu kenyataan 28 April lepas.

Beliau berkata sistem yang dilancarkan pada 12 Ogos 2020 itu diperkenalkan di tujuh fasiliti rintis KKM iaitu Hospital Ampang, Hospital Melaka, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah, Klinik Kesihatan Kelana Jaya dan Klinik Kesihatan Peringgit.

Katanya melalui projek rintis itu, sejumlah 14,099 pesakit telah berdaftar dengan sistem berkenaan dengan 24,413 preskripsi telah ‘didispens’ melalui sistem MyUBAT, dan jumlah itu dijangka akan terus meningkat selepas perluasan sistem MyUBAT ke fasiliti-fasiliti kesihatan awam di seluruh negara.

Dr Noor Hisham berkata sehingga kini sistem MyUBAT menawarkan dua pilihan Perkhidmatan Nilai Tambah (VAS) Farmasi iaitu pengambilan ubat susulan melalui janji temu serta Ubat Melalui Pos (UMP), dan KKM akan menambah dua lagi VAS iaitu perkhidmatan Pandu Lalu serta ‘Locker4U’ menjelang hujung tahun ini.

Katanya penambahan itu bertujuan meningkatkan kecekapan pelaksanaan UMP melalui sistem MyUBAT telah diintegrasikan dengan sistem Ezisend yang dikendalikan Pos Malaysia Berhad.

“Ini membolehkan pesakit mengetahui status penghantaran bekalan ubat mereka melalui VAS-UMP selain memudahkan anggota farmasi dalam pengurusan ubat-ubatan yang perlu dipos kepada pesakit atau pelanggan.

“Selain itu, sistem ini juga dalam proses integrasi dengan Pharmacy Information System (PhIS & CPS) di dua fasiliti KKM iaitu di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang dan Klinik Kesihatan Kelana Jaya,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata perluasan fungsi itu membolehkan pengguna mengakses maklumat yang betul mengikut kesesuaian waktu, selain mempercepatkan proses pendispensan.

Sementara itu Dr Noor Hisham berkata pelaksanaan VAS telah ditingkatkan sepanjang tempoh pandemik COVID-19 dengan objektif utama untuk mengurangkan risiko jangkitan wabak itu terutama dalam kalangan golongan rentan, di samping menjamin kebolehcapaian pesakit kepada bekalan ubat susulan, mengatasi kesesakan serta waktu menunggu lama di farmasi, beban kos pengangkutan serta kesuntukan masa bagi pesakit terlibat.

Katanya sepanjang tahun lepas, pelaksanaan VAS  telah memudahkan pengambilan ubat susulan pesakit untuk 34.4 peratus preskripsi susulan berbanding 22.3 peratus pada 2019.

“Melalui perkhidmatan UMP yang disediakan, KKM telah meningkatkan keupayaan perkhidmatan ini lebih sekali ganda,” katanya.

Menurutnya langkah-langkah yang dijalankan KKM itu telah berjaya mengurangkan kesesakan di kaunter-kaunter farmasi seterusnya mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan pesakit-pesakit di KKM.

Dr Noor Hisham berkata orang awam boleh memuat turun aplikasi MyUBATmelalui aplikasi Google Play, App Store atau AppGallery.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: MyUBAT, tgk

Editorial2

  • Usahawan informal digalak mohon bantuan SPIN segera
  • Permohonan biasiswa tajaan Jepun MEXT 2022 dibuka untuk pelajar Malaysia

Jemput baca

70 PERATUS SAMPAH, SISA KIMIA?

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

WARISAN ALAM BUKIT PAYUNG DAN KRISIS

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.