Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Pendidikan
  • »
  • Siswazah baharu: Gaji permulaan rendah adalah sementara – MEF
  • »
  • BERNAMA, Pendidikan
  • April 10, 2021April 10, 2021
  • 0

Siswazah baharu: Gaji permulaan rendah adalah sementara – MEF

 

KUALA LUMPUR, 10 April — Isu pengangguran dan gaji permulaan rendah dalam kalangan siswazah baharu adalah sementara, menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

Presidennya, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman mengulangi kenyataan oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan bahawa situasi yang tidak menggalakkan berikutan persekitaran ekonomi yang amat mencabar pada masa ini disebabkan COVID-19, akan terkawal tidak lama lagi.

Beliau berkata apabila ekonomi mula pulih dan stabil, tahap gaji permulaan akan kembali kepada kadar pasaran yang kompetitif dan siswazah akan dapat menjangka gaji yang lebih tinggi berdasarkan prestasi dan produktiviti mereka.

“Kami ingin menasihati siswazah untuk tidak terlalu bimbang dengan gaji permulaan yang rendah pada masa ini berikutan majikan menghargai pekerja berdasarkan prestasi yang baik dan produktiviti yang tinggi. Apabila pekerja mula memberi sumbangan dan mencatatkan prestasi, mereka akan diberi penghargaan yang sewajarnya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pengalaman bekerja akan menjadikan siswazah itu lebih mudah dipasarkan dan mendapat pekerjaan.

Menurut beliau, Kementerian Sumber Manusia melalui pelbagai agensi termasuk HRDF dan PERKESO telah mengadakan banyak program untuk melengkapkan siswazah yang menganggur dengan kemahiran yang relevan.

“Program ini seperti E-Latih dirangka untuk mendorong pekerjaan dan benar-benar berkesan berikutan industri turut terlibat,” katanya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Lebih banyak pasukan MOCSAR ditubuhkan di Sarawak, kata Zuraida
  • MAIK peruntuk RM306,646 untuk Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah lahir huffaz profesional

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.