Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Masyarakat
  • »
  • Solat tarawih di Kelantan tidak lagi ‘import’ imam luar – Menteri Besar
  • »
  • BERNAMA, Masyarakat
  • April 8, 2021April 8, 2021
  • 0

Solat tarawih di Kelantan tidak lagi ‘import’ imam luar – Menteri Besar

 

KOTA BHARU, 8 April — Kerajaan negeri Kelantan tidak lagi ‘mengimport’ imam luar bagi tujuan solat tarawih sepanjang Ramadan tahun ini, kata Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata di Kelantan ada ramai individu yang berkelayakan yang setaraf dengan ‘imam import’ termasuk dari Mesir.

Namun begitu, katanya imam dari luar yang sudah sedia ada di Kelantan akan tetap digunakan kerana mereka memang menetap di negeri ini.

“Setakat ini tidak perlu import, sebab mereka dah ada di sini. Dahulunya mereka memang berada di luar tetapi sekarang sudah ada di sini (dalam Kelantan) yang bertugas sebagai mudir kepada Akademi al-Quran.

Justeru, kami akan gilirkan khidmat mereka dengan imam tempatan di negeri ini. Insya-Allah…kualiti imam tempatan sama kualitinya dengan imam import ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Pasar Awam Siti Mariam dan Kuarters Kerajaan di Bandaraya Satelit Islam Pasir Tumboh di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin.

Mengulas lanjut, Ahmad Yakob berkata sekarang imam luar seperti dari Thailand tidak boleh datang (masuk) ke sini kerana pintu sempadan masih belum dibuka.

“Maknanya kami akan menggunakan khidmat imam tempatan dan jumlahnya adalah cukup. Imam tempatan yang ada termasuk dari tahfiz sains atau tahfiz biasa sudah ramai termasuk yang dibantu kerajaan negeri dan Persekutuan,” katanya.

Mengulas mengenai bazar Ramadan, Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri membenarkan peniaga menjalankan perniagaan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata setiap peniaga dan pelanggan yang hadir di bazar Ramadan perlu memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal.

“Peniaga pula perlu mengehadkan hanya dua pelanggan pada setiap masa bagi mengelak kesesakan dan jumlah peniaga di satu-satu bazar adalah mengikut kapasiti kawasan tersebut.

“Kami tahu bahawa COVID-19 amat memberi kesan kepada peniaga terutamanya peniaga kecil. Dengan adanya ruang bulan Ramadan dan bazar Ramadan, kami jangka kegiatan ekonomi juga akan bergerak baik dengan mengikut SOP yang ada,” tambahnya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, ramadan, tgk, twk

Editorial

  • Pegangan asing bon kerajaan Malaysia berjumlah 25 peratus pada Mac, tertinggi sejak April 2018
  • MySmart Wilayah 2030 dilancarkan, pacu pembangunan bandar pintar di Wilayah Persekutuan

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.