Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Masyarakat
  • »
  • Solat Tarawih dibenarkan di Kelantan – MAIK
  • »
  • BERNAMA, Masyarakat
  • April 8, 2021April 8, 2021
  • 0

Solat Tarawih dibenarkan di Kelantan – MAIK

 

KOTA BHARU, 7 April  — Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan solat tarawih serta aktiviti pengimarahan di masjid dan surau di seluruh negeri ini dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan.

Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dalam kenyataan di sini malam ini, memaklumkan perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

“Bagi solat tarawih dibenarkan mengikut kapasiti sebenar masjid, surau dan musolla dengan penjarakan fizikal satu meter dan boleh dilaksanakan sama ada lapan atau 20 rakaat dengan bacaan surah atau ayat pendek dalam tempoh tidak lebih satu jam tidak termasuk solat Isyak.

Tazkirah tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan solat tarawih, manakala tazkirah subuh, asar dan lain-lain adalah dibenarkan dengan penjarakan fizikal satu meter,” katanya yang juga Tengku Temenggong Kelantan.

Beliau berkata bagi aktiviti tadarus al-Quran dibenarkan mengikut kapasiti masjid dengan penjarakan fizikal satu meter dalam tempoh tidak melebihi sejam dan qiamullail juga dibenarkan sepanjang Ramadan selama satu jam sebelum waktu imsak.

“Jamuan berbuka puasa dan bersahur tidak dibenarkan, namun masjid, surau dan musolla digalakkan untuk menyediakan menu berbuka dan bersahur secara bungkus dan diagihkan kepada jemaah,” katanya sambil menambah syarat yang sama ditetapkan bagi jamuan moreh.

Iktikaf di masjid adalah dibenarkan dengan penjarakan fizikal satu meter. Bermula Ramadan ini, kanak-kanak yang berumur tujuh tahun dan ke atas dibenarkan mengikuti program-program yang diadakan di masjid, surau dan musolla,” katanya.

Justeru, beliau berkata setiap prosedur operasi standard (SOP) berkenaan perlu dipatuhi semua pihak dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya gagal mematuhi ketetapan itu.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • Malaysia tunggu laporan EMA sebelum putuskan untuk meneruskan vaksin Astrazeneca – Khairy
  • Persatuan bantah penyenaraian sektor perladangan dalam Akta HRDF

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.