Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Jentera tengah kurang berkesan punca Sabah FC gagal imbangi permainan JDT
  • »
  • BERNAMA
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

Jentera tengah kurang berkesan punca Sabah FC gagal imbangi permainan JDT

 

KOTA KINABALU, 7 April — Jentera di bahagian tengah yang kurang berkesan adalah punca Sabah FC gagal mengimbangi permainan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan Liga Super malam tadi menyaksikan skuad The Rhinos tewas 1-4.

Ketua Jurulatih Sabah FC Kurniawan Dwi Yulianto berkata kehilangan perancang utama Park Tae-soo dan Azizan Nordin akibat kecederaan menyebabkan jentera tengah pasukan itu kurang menyengat dan cubaan meletak pemain gantian tidak menjadi.

“Memang daripada awal mungkin pemain agak sedikit gementar, di tengah kita hilangnya Park dan Azizan ini mempengaruhi permainan kita, kita cuba turunkan Shukri (Mohd Shukri Baharun) dan Ricco (Ricco Nigel Milus) yang minit permainan kurang, amat berisiko.

“Pada 15 minit mula dan akhir minit penting tetapi kita bolos dua gol pada awal permainan, kita cuba lebih agresif dan tingkat tempo pada babak kedua malah dapat satu gol tetapi kad merah lebih sukarkan kita imbangi JDT kerana sukar bermain dengan 10 pemain,” katanya pada sidang media di sini malam tadi.

Pada perlawanan malam tadi, pemain Sabah FC Maxsius Musa dilayangkan kad merah oleh pengadil Suhaimi Mat Hassan selepas mendapat kad kuning kedua kerana melakukan terjahan keras terhadap Natxo Insa pada minit ke-59.

Kuniawan berkata beliau cuba memasukkan Mohd Amri Yahyah pada babak kedua bagi membaiki penguasaan bahagian tengah dan permainan, namun pemain berpengalaman itu belum 100 peratus cergas akibat kecederaan.

“Apapun kita akan lihat permainan kita malam ini untuk kita baiki prestasi pemain dan pasukan kita pada perlawanan selepas ini,” katanya.

Pada perlawanan Liga Super seterusnya, Sabah FC dijadual bertandang ke Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada Jumaat ini (9 April) berdepan Pulau Pinang FC.

Sementara itu, Ketua Jurulatih JDT Benjamin Mora memuji semangat juang pasukan Sabah FC yang terus berjuang walaupun ketinggalan dua gol pada awal permainan dan mengakui semangat juang itu menyukarkan pasukan Harimau Selatan.

“Sabah FC seperti yang kita ketahui mereka adalah pejuang, satu permainan yang baik semalam…kita menguasai permainan namun ia tidak mudah kerana pemain Sabah tidak henti berusaha sejak dari awal hingga akhir permainan. Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan prestasi pemain malam ini (malam tadi),” katanya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • Semua golongan dewasa Amerika akan disuntik vaksin COVID-19 menjelang 19 April
  • Kerjasama Affin Islamic-Zurich Takaful tawar bancatakaful ‘Affin Sure Cover’

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.