Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Kemenangan ke atas Melaka United bakar semangat Penang FC
  • »
  • BERNAMA
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

Kemenangan ke atas Melaka United bakar semangat Penang FC

 

MELAKA, 7 April — Kemenangan 2-1 ke atas Melaka United pada perlawanan Liga Super malam tadi mengembalikan keyakinan pasukan Penang FC untuk terus memburu tempat lebih baik dalam kedudukan liga musim ini.

Ketua jurulatih Penang FC Tomas Trucha berkata beliau berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan skuad Harimau Kumbang walaupun berdepan saingan sengit daripada pasukan tuan rumah.

Kejayaan memperoleh tiga mata berharga semalam membolehkan skuad Penang FC melonjak ke tangga ketiga liga dengan mengumpul 14 mata selepas tujuh perlawanan manakala Melaka United di kedudukan dua bawah dengan empat mata.

“Pada perlawanan sebelum ini, kita menang dan meraikannya bersama pemain tapi ia tidak sama seperti kali ini kerana perlawanan ini berbeza daripada ketika menentang Perak pada Sabtu lepas.

“Kami bermain bersungguh-sungguh hari ini, kita berikan pihak lawan banyak peluang sepakan percuma dan sepakan sudut namun keinginan pemain untuk meraih tiga mata jelas selepas jaringan kedua dan saya akui bahawa tidak mudah untuk melepasi penjaga gol lawan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Pemain import dari Brazil Anselmo Casagrande mengesahkan kemenangan Harimau Kumbang menerusi jaringan pada minit ke-39 dan 42 manakala gol tunggal Melaka United pada minit ke-62 dijaringkan pemain import Stefan Nikolic.

“Saya memikirkan mengenai perlawanan seterusnya menentang Sabah, sudah pasti mereka akan memberikan saingan sengit selepas berjaya mengutip mata sebelum ini. Kita akan cuba sebaik mungkin terutama selepas penonton dibenar kembali ke stadium dan memberi sokongan kepada pasukan, kita mahu penyokong menikmati perlawanan,” katanya.

— BERNAMA

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • Perlis benarkan solat tarawih di masjid dan surau sepanjang Ramadan
  • Zii Jia, Chong Wei ada persamaan – Misbun

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.