Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • VSN 2030: Peluang rakyat terlibat dalam penggubalan dasar sukan negara
  • »
  • BERNAMA
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

VSN 2030: Peluang rakyat terlibat dalam penggubalan dasar sukan negara

 

KUALA LUMPUR, 7 April  — Penggiat dan pengamal sukan kini berpeluang untuk terlibat secara langsung dalam penggubalan dasar pembangunan sukan negara bagi tempoh sedekad ini, menerusi kanvas Visi Sukan Negara (VSN) 2030.

Rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang budaya, geografi dan ekonomi, mampu memberikan pendapat mereka untuk 10 tahun ini, melalui beberapa sesi libat urus secara bersemuka dan maya, perbincangan kumpulan fokus dan menerusi laman web kanvas VSN 2030.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pihaknya mahu mendengar apa yang rakyat mahu dan inginkan sama ada pingat emas Olimpik, skuad Harimau Malaya beraksi di pentas Piala Dunia, atau atlet Malaysia mendominasi carta dan ranking antarabangsa.

“Semua persoalan, harapan dan aspirasi seperti rakyat mahu infrastruktur sukan berkualiti baik di bandar mahupun desa, proses pencarian bakat yang adil tanpa meninggalkan sesiapa, kemudahan sukan untuk warga kurang upaya serta industri sukan sebagai sumber kekayaan baru akan menjadi citra utama kepada VSN 2030.

“Ia sekali gus membawa makna VSN 2030 ialah garapan dan harapan anda semua, rakyat Malaysia. Kanvas ini sebenar-benarnya milik anda. Milik kita semua, ayuh tampil ke hadapan, coret dan lakarkan kanvas ini, dengan suara dan harapan anda,” katanya ketika pelancaran kanvas VSN 2030 secara maya hari ini.

Dengan harapan untuk menjadikan tempoh 10 tahun akan datang sebagai dekad emas bagi sukan Malaysia, Reezal Merican berkata VSN 2030, yang dijangka dilancarkan pada September ini, bakal menjadi permulaan ‘pendemokrasian sukan’ dengan keterbukaan untuk menerima pandangan dan suara semua pihak.

“Kita mengimpikan sebuah dokumen dasar yang sentiasa diteliti dan dihayati oleh rakyat. Sebuah dokumen ‘hidup’ di mata dan hati rakyat. Sebuah dokumen yang dijiwai oleh setiap lapisan rakyat Malaysia. A walking document and policy,” jelasnya.

Antara komponen utama digariskan dalam hala tuju VSN 2030 ialah pemerkasaan pembudayaan sukan dalam masyarakat, kecemerlangan sukan, pengenalpastian dan pembangunan bakat, menjadikan Malaysia sebagai hab sukan antarabangsa, pemerkasaan industri sukan serta inklusiviti dan profesionalisme dalam pentadbiran sukan.

Sebagai contoh, menerusi kecemerlangan sukan, diharap nama-nama besar seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David, Shalin Zulkifli, Pandelela Rinong, Mohd Azizulhasni Awang dan Farah Ann Abdul Hadi teruskan dilahirkan.

Selain untuk mendapatkan maklumat, segala pandangan, kritikan dan harapan mengenai VSN 2030, boleh dilontarkan menerusi laman sesawang www.vsn2030.my.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk, VSN

Editorial

  • Felda D’ Saji perkenal produk sedia dimakan, sasar eksport pada separuh kedua 2021
  • Tiada Bazar Ramadan di Kuching Utara tahun ini — DBKU

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.