Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Alam Sekitar
  • »
  • Tangkap ikan dalam kawasan taman laut, 12 pemancing ditahan
  • »
  • Alam Sekitar, BERNAMA
  • April 19, 2021April 19, 2021
  • 0

Tangkap ikan dalam kawasan taman laut, 12 pemancing ditahan

JOHOR BAHRU, 19 April — Jabatan Perikanan Negeri Johor (JPNJ) menahan dua bot bersama 12 pemancing tempatan awal hari ini, kerana melakukan aktiviti penangkapan ikan dalam kawasan Taman Laut Sultan Iskandar, dekat Mersing.

Pengarah Perikanan Negeri Johor Noraishah Hashim berkata kedua-dua bot kelas C itu ditahan Cawangan Taman Laut dan Pengurusan Sumber, JPNJ yang melakukan rondaan rutin di sekitar perairan timur negeri ini.

“Bot pertama ditahan pada kira-kira 3 pagi di kedudukan 0.5 batu nautika dari pantai Pulau Aur, Mersing. Pemeriksaan mendapati bot itu dinaiki seorang tekong berumur 62 tahun bersama enam pemancing berumur antara 49 dan 75 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noraishah berkata bot kedua pula ditahan kira-kira pada waktu sama di kedudukan 0.6 batu nautika dari pantai Pulau Aur dengan pemeriksaan menemukan seorang tekong berumur 56 tahun, awak-awak berumur 48 tahun serta enam pemancing berumur antara 34 dan 58 tahun.

Beliau berkata mengambil, mengalih atau memiliki haiwan akuatik dalam kawasan taman laut merupakan kesalahan mengikut Seksyen 43 Akta Perikanan 1985.

Beliau berkata kesemua lelaki terbabit dan sejumlah peralatan menangkap ikan yang dirampas kini disiasat lanjut mengikut Seksyen 43 (1) Akta Perikanan 1985.

Noraishah sehubungan itu menasihati semua pihak khususnya nelayan supaya mematuhi syarat lesen supaya tidak menjejaskan sumber perikanan negara.

“Jabatan Perikanan Malaysia sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan pengurusan sumber perikanan mampan dan berdaya saing,” katanya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Kerajaan laksana projek perumahan guna Teknologi Binaan Kenaf bernilai RM6 bilion
  • Isu Rohingya perlu ditangani dengan teliti, elak kebanjiran pelarian – Hishammuddin

Jemput baca

70 PERATUS SAMPAH, SISA KIMIA?

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

WARISAN ALAM BUKIT PAYUNG DAN KRISIS

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.