Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Tiada campur tangan politik dalam siasatan SPRM – Azam Baki
  • »
  • BERNAMA
  • April 11, 2021April 11, 2021
  • 0

Tiada campur tangan politik dalam siasatan SPRM – Azam Baki

KUALA LUMPUR, 10 April  — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan tiada campur tangan politik dalam kes rasuah yang dikendalikan agensi penguatkuasaan itu termasuk dalam kes berprofil tinggi.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Azam Baki menegaskan intergriti dan nama baik SPRM dalam menjalankan fungsinya akan terjejas sekiranya wujud campur tangan pihak tertentu.

Beliau menjelaskan dalam usaha membina negara bangsa, campur tangan politik dalam tugas badan penguat kuasa di negara ini tidak sepatutnya berlaku.

“Saya pastikan tiada campur tangan (politik) dan belum ada pengalaman begitu dalam kerja-kerja kami. Sebarang campur tangan akan menjejaskan kerja kami dan kami akan menjadi satu pasukan tidak amanah dan sudah tentu akan menjejaskan nama baik kerajaan itu sendiri…ini tidak berlaku pada zaman kita.

Beliau berkata demikian sebagai panel jemputan dalam program Soal Rakyat TV3 yang mengupas topik ‘Kartel Projek Merugikan Rakyat’ di sini, malam ini.

Katanya, pada zaman ledakan teknologi maklumat kini, pendedahan maklumat begitu telus dan masyarakat sering memerhatikan sebarang tindak tanduk pihak berkuasa.

Dalam perkembangan lain, beliau menggesa kerajaan supaya disegerakan penggunaan kamera badan bagi pegawai dan anggota penguat kuasa dalam usaha membendung jenayah rasuah selain memelihara  integriti anggota penguat kuasa.

“Saya rasa sudah sampai masanya penguat kuasa memakai kamera badan yang boleh disambungkan kepada sistem berpusat, jadi kurang rasanya kalau mereka mahu bertindak di luar batasan sebagai penguat kuasa ketika menjalankan operasi,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata proses perbincangan berkenaan perolehan kamera badan dan peralatan renjatan elektrik kini di peringkat akhir.

Tahun lepas, PDRM memaklumkan telah memohon sebanyak 1,300 kamera badan dan 1,000 senjata baharu tidak membawa maut atau ‘non lethal weapon’ menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dijangka dibentangkan di Parlimen, pada tahun ini

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • NUTP buat laporan polis berhubung dakwaan wujud isu perkauman
  • DesaMall@Lipis platform usahawan luar bandar pasarkan produk tempatan

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.