Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Ujian saringan COVID-19 percuma untuk peniaga bazar Ramadan di Labuan
  • »
  • Berita
  • April 5, 2021
  • 0

Ujian saringan COVID-19 percuma untuk peniaga bazar Ramadan di Labuan

LABUAN, 5 April — Jabatan Kesihatan Labuan akan menjalankan ujian saringan COVID-19 secara percuma untuk semua peniaga bazar Ramadan yang akan memulakan operasi di lapan kawasan terpilih melibatkan 350 petak jualan di sini mulai 13 April ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Dr Fary Akmal Osman berkata selain itu jabatan itu juga akan memberi taklimat kepada peniaga berkenaan kawalan pencegahan penyakit serta peraturan pengendalian makanan.

Beliau berkata pihaknya telah mengadakan taklimat untuk penganjur dan peniaga berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) serta peraturan dan norma baharu yang ditetapkan bagi mengelak penularan wabak COVID-19 dan kluster baharu membabitkan bazar Ramadan

“Peniaga dikehendaki menyediakan Kod QR MySejahtera, alat pemeriksaan suhu, pensanitasi tangan, mengamalkan jarak fizikal dan pemakaian pelitup muka oleh semua pengunjung bazar Ramadan,” katanya di sini, hari ini.

Selain pematuhan SOP, katanya, tahap kebersihan penyediaan dan hidangan makanan serta minuman turut diberi penekanan utama.

Bazar Ramadan Labuan akan diadakan di parkir Medan Selera, Anjung Selera Durian Tunjong, Kompleks Ujana Kewangan, parkir Anjung Ikan Bakar di Kampung Lubok Temiang.

Ia turut diadakan Taman Damai, Kampung Layang-Layangan, Dewan Komuniti Kampung Sungai Bedaun, Anjung Selera Manikar dan Taman Mutiara, Kampung Sungai Bedaun.

Selain bazar Ramadan, Dr Fary berkata Bazaria Aidilfitri turut diadakan selama dua minggu sebelum sambutan Aidilfitri.

“Bagaimanapun, bazar-bazar ini terakluk kepada situasi pandemik COVID-19. Jika kes positif terus meningkat, ada kemungkinan bazar kali ini akan dibatalkan,” katanya.

Hari ini, Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan 17 kes positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 2,390 kes.

Sumber : BERNAMA
Tags: COVID, fbk, Labuan, twk

Editorial

  • Pertemuan Muhyiddin, Sultan Brunei kukuh hubungan Malaysia-Brunei – Hishammuddin
  • RM20.25 juta untuk baik pulih infrastruktur, selenggara muzium negeri

Jemput baca

WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.