Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • UMK bantu golongan OKU terlibat industri penternakan
  • »
  • Berita, Masyarakat
  • April 6, 2021
  • 0

UMK bantu golongan OKU terlibat industri penternakan

BACHOK, 6 April — Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berkongsi kepakaran industri penternakan dengan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam usaha membantu serta mendorong golongan berkenaan menceburi bidang keusahawanan.

Naib Canselor UMK Prof Datuk Dr Noor Azizi Ismail berkata kepakaran itu dikongsikan menerusi Projek Ternakan Ayam Kampung Kacuk bagi membantu sembilan peserta OKU daripada Pusat Pemulihan OKU (PROKA) Kampung Aur Telong, Bachok.

 “Projek ini melibatkan seramai 10 pelajar UMK daripada Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) yang menyumbangkan kemahiran serta ilmu penternakan dari segi teori dan praktikal sebagai panduan kepada peserta OKU menguruskan ladang ayam.

“Mereka (pelajar) memberikan kepakaran kepada peserta projek ini bermula daripada proses penternakan sehingga pemasaran serta perniagaan,” katanya pada sidang media selepas melawat tapak Projek Ternakan Ayam Kampung Kacuk di PROKA Kampung Bachok di sini, hari ini.

Terdahulu, majlis itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri Rohani Ibrahim.

“Selain kepakaran teknikal, apa yang penting adalah mengubah minda peserta yang terlibat dalam projek ini…sekiranya minda mereka berubah, projek ini akan berjaya dan selepas ini kita akan cuba melibatkan ramai lagi pelajar termasuk graduan yang sedang menunggu pekerjaan,” kata Noor Azizi.

Menjelas lanjut, beliau berkata projek tersebut akan dilaksanakan selama setahun bermula Mac lepas hingga Februari 2022 dengan jumlah peruntukan RM99,800 daripada dana zakat Permodalan Nasional Berhad (PNB).

“Projek ini turut membabitkan kerjasama FPV UMK, Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (INSPEK) UMK dan Majlis Pemulihan Negeri Kelantan (MPNK) dan kami sasarkan anak ayam kampung kacuk mampu dikembangkan kepada 24,000 ekor dalam tempoh setahun projek ini,” katanya.

Sementara itu, Rohani berkata kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha semua pihak yang membabitkan OKU dalam pelbagai bidang khususnya bagi meningkatkan sosioekonomi mereka.

“Kita tidak mahu golongan OKU rasa tersisih sebaliknya, beri mereka peluang dan bantuan untuk mencari pendapatan seperti insan lain,” katanya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, OKU, Penternakan, tgk, twk, UMK

admin

  • YPM peruntuk hampir RM2 juta bantu lebih 1,800 pelajar
  • Vaksinasi: Masyarakat Orang Asli tidak harus tercicir – Zahidi

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.