
KUALA LUMPUR, 12 April — Reservoir Link Sdn Bhd (RLSB), anak syarikat milik penuh Reservoir Link Energy Bhd memperoleh kontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd untuk menyediakan peralatan dan perkhidmatan pembaikan kebocoran telaga selama tiga tahun bermula 22 Mac, 2021 sehingga 22 Mac, 2024.
Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata penyediaan perkhidmatan berkaitan kebocoran telaga tersebut termasuklah menyediakan perundingan kejuruteraan berkaitan isu-isu kebocoran telaga dan perkhidmatan pembaikan kebocoran telaga.
“Kami yakin akan dapat menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada Petronas Carigali. Kami akan sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan terkini dalam teknologi inovatif agar kami dapat menyediakan kepakaran kami dalam perkhidmatan minyak dan gas,” kata Pengarah Eksekutifnya Thien Chiet Chai.
Sumber : BERNAMA
Tags: tgk
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *