Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Usahawan informal digalak mohon bantuan SPIN segera
  • »
  • Berita, BERNAMA, Ekonomi, Masyarakat
  • April 30, 2021April 30, 2021
  • 0

Usahawan informal digalak mohon bantuan SPIN segera

MELAKA, 30 April —  Usahawan kecil atau informal yang berdepan masalah mendapatkan modal kerana belum membuat pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mana-mana badan profesional atau lesen pihak berkuasa tempatan digalakkkan memohon segera Skim Pembiayaan Informal (SPIN). 

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata skim di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional itu akan memberi pembiayaan maksimum sebanyak RM5,000.

“Pemohon hanya perlu menyertakan salinan kad pengenalan, salinan akaun bank sebulan dan bil utiliti.

“Sangat mudah dan permohonan ini akan diproses kurang daripada tujuh hari,’ katanya kepada pemberita selepas hadir di majlis berbuka puasa bersama media di sini semalam. 

Katanya, data kementerian pada 2019 merekodkan terdapat lebih kurang 1.2 juta usahawan informal tidak berdaftar berbanding 900,000 orang yang berdaftar.

Ini jelasnya menyukarkan agensi berkaitan untuk melaksanakan sebarang program atau menyalurkan bantuan yang diperlukan.

“Apabila kita berikan bantuan melalui geran khas PRIHATIN ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada gelombang pertama, hanya mereka yang berdaftar di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau SSM sahaja yang dapat .

“Tapi sektor informal ini kita tidak nampak, yang sebenarnya jumlah mereka sangat besar terutama dalam sektor perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata setakat suku pertama 2021, sebanyak RM12.9 juta telah diagihkan kepada 2,154 pemohon dan masih ada hampir RM38 juta lagi berbaki daripada peruntukan keseluruhan bagi tahun ini iaitu RM50 juta.

“Ini antara usaha kita bantu usahawan informal untuk mereka dapat sama-sama bangun.

“Mereka ini kadang-kadang tidak pinjam banyak pun, sekadar RM1,000 atau RM2,000 untuk beli peralatan atau membaik pulih gerai. Jadi, modal pusingan yang mereka hendak pakai pun tidak banyak dan sebab itu kita bagi sampai RM5,000,” katanya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: SPIN, TEKUN, tgk, Usahawan

Editorial2

  • Urusan perkahwinan antara isu rasuah yang berlaku di JAIPk
  • Sistem MyUBAT diperluas kesemua fasiliti kesihatan di seluruh negara

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.