Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Usahawan muda hasil selongsong telefon bimbit bercorak
  • »
  • Berita, BERNAMA
  • April 15, 2021April 15, 2021
  • 0

Usahawan muda hasil selongsong telefon bimbit bercorak

KUALA LUMPUR, 15 April — Segalanya bermula enam tahun lalu apabila beliau tidak berpuas hati dengan rekaan selongsong telefon pintar android sedia ada di pasaran tempatan yang disifatkan terlalu ‘klise’ dan tidak banyak pilihan berbanding iPhone.

Bertitik tolak dari detik itu timbul idea bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Pengiklanan Multimedia, Ain Nurina Md Yazid, 25, untuk menghasilkan selongsong telefon pintar dengan corak dan rekaan pelbagai tema serta warna bagi setiap model telefon pintar, bagi memenuhi cita rasa generasi milenium khasnya.

Berbekalkan pengalaman menjual tudung dan baju-T di bangku sekolah serta pengetahuan dalam bidang rekaan grafik, beliau mengambil langkah berani mencuba cabang perniagaan yang masih jarang diceburi ketika itu, walaupun usianya di saat itu baru menginjak 19 tahun.

Menggunakan wang simpanan yang diperoleh hasil perniagaan sebelum ini, Ain Nurina tekad memulakan perniagaan secara dalam talian berteraskan aksesori telefon dengan melakukan secara solo selama tiga tahun dengan mewujudkan syarikat sendiri di bawah jenama CasesByWF sekitar 2015.

“Sebelum ini saya sering cemburu dengan pengguna iPhone yang mempunyai lebih banyak pilihan rekaan pelindung telefon pintar yang cantik dan bergaya sehingga saya mengumpul wang untuk bertukar menggunakan iPhone supaya mudah mendapatkan casing cantik.

“Namun setelah bertukar telefon bimbit, saya dapati masih sukar mendapatkan rekaan yang diminati dan jika ada pun hanya dijual di laman sesawang luar negara dengan harga mahal iaitu sekitar RM200.

“Disebabkan saya belajar seni reka grafik, jiwa ini kuat meronta mahukan sesuatu yang unik dan tersendiri menyebabkan saya mencuba perniagaan ini,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Bagaikan langkah kanan, percubaannya itu mendapat sambutan menggalakkan dan beliau kini boleh tersenyum lebar kerana daripada hanya 1,000 pengeluaran sebulan ketika awal operasi, ia kini mampu menyiapkan 4,000 tempahan setiap bulan dengan bantuan 10 pekerja.

Bagi memperkukuhkan lagi jenamanya, usahawan muda ini turut bekerjasama dengan selebriti terkenal termasuk penyanyi Yuna Zarai, personaliti media sosial seperti Atisha Khan serta Cupcake Aisyah selain jenama tempatan seperti Tealive.

“Setiap kolaborasi kami tampilkan tema berbeza, misalnya dengan Yuna tema futuristik, Shalma Ainaa (Y2K), Cakenis (bakeri), jadi artistic direction untuk setiap koleksi berbeza, itulah yang buat kami lain daripada jenama lain,” katanya.

Sementara itu menceritakan tentang penghasilan produk itu, katanya casing phone yang dihasilkan oleh syarikatnya menggunakan material transparent thermoplastic polyurethane (TPU) dan thermoplastic elastomer (TPE) dengan dua pilihan iaitu jenis nipis dan shock protective.

Terdapat lebih 400 seni reka bentuk termasuk yang boleh ditempah khas, dijual dengan harga mampu milik daripada serendah RM39 sehingga RM108.

Proses penghasilan dimulakan dengan melukis reka bentuk dan illustrasi yang ditempah pelanggan menggunakan sistem komputer sebelum lukisan itu diterjemahkan untuk proses cetakan yang dinamakan sublimation sebelum dipasarkan.

Anak kelahiran Subang Jaya itu juga yakin dengan potensi pasaran aksesori telefon pintar memandangkan ia bagaikan barangan ‘keperluan’ bagi generasi muda yang gemar menzahirkan gaya dan identiti diri dalam media sosial.

“Sasaran kami adalah golongan milenium kerana mereka ini sangat berhubung rapat dengan media sosial dan sukakan benda yang trendy. Aksesori telefon juga menjadi sebahagian daripada OOTD (Outfit of The Day) yang mahu divisual dan dikongsikan dengan pengikut di alam maya,” katanya.

Untuk perancangan masa depan, Ain Nurina bercadang membuka kedai fizikal (pop-up retail) bagi meraih lebih ramai pelanggan selain berharap mendapat peluang untuk bekerjasama dengan jenama dan selebiriti antarabangsa.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Mesin jahit usang Haja Mohideen teguh berbakti selepas lebih 70 tahun
  • Raw Denim House, produk usahawan desa ke mata dunia

Jemput baca

WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.