Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • UTM Merapati Alam: Program Trans Bukit Payung
  • »
  • Alam Sekitar, Berita, KARYASAMA
  • April 10, 2021April 10, 2021
  • 1

UTM Merapati Alam: Program Trans Bukit Payung

Oleh: Iltizam Iman

BUKIT PAYUNG – Hari ini, pogram Trans Bukit Payung yang dianjurkan oleh Pertisas berjalan dengan jayanya. Pendakian bermula pada jam 9 pagi tadi telah berakhir dengan selamat pada jam 2:30 tengahari.

Peserta memulakan pendakian di Bukit Payung, dan berakhir di Bukit Botak. Walaupun perlahan, mereka berjaya menawan ketiga-tiga puncak bukit iaitu Bukit Payung, Bukit Berdiri dan Bukit Botak.

Pendakian berlangsung dengan amat santai dan tidak tergesa-gesa. Ini dapat memberi ruang kepada peserta untuk menikmati keindahan alam dan sedikit-sebanyak mengambil tahu tentang persekitaran alam Bukit Payung yang sedang rosak.

Program ini rata-ratanya disertai oleh staf UTM Johor Bahru bersama keluarga dan sahabat mereka. Peserta juga terdiri dari pelbagai peringkat umur, dari kanak-kanak hingga ke golongan emas. Ini membuatkan perjalanan lebih santai dan kumpulan peserta sentiasa dalam keadaan saling menjaga antara satu sama lain.

Program seperti ini wajar dipergiatkan lagi oleh pihak universiti. Penglibatan pihak universiti dalam acara-acara pendakian adalah penting bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang keindahan alam sekitar.

Lebih-lebih lagi dalam keadaan hutan kita sedang dicemari oleh pembalakan dan projek-projek kuari.

Pemandangan tapak pelupusan sampah Bukit Payung dari Bukit Berdiri.

Selain itu, perkara menarik yang dapat dilihat dalam budaya mendaki ini, kumpulan-kumpulan pendaki naik secara berasingan tapi akhirnya dapat berjalan seiring sambil berkongsi cerita dan pengalaman.

Aktiviti pendakian dapat membina semangat kebersamaan dan saling membantu antara masyarakat. Dalam masa yang sama, masalah pencemaran alam sekitar dapat disedari dengan lebih mendalam oleh pencinta-pencinta alam.

 

Tags: Bukit Payung

Editorial

  • Kerajaan negeri disaran wujud loji rawatan kumbahan serantau di zon industri
  • Perak kesan 3,000 hektar tanah hutan simpan diteroka secara haram – MB

Jemput baca

Pementasan Sidang Ruh, The Wall Batu Pahat

  • July 8, 2022January 21, 2023
  • 0

70 PERATUS SAMPAH, SISA KIMIA?

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

One Comment

  1. Avatar

    Roslan

    April 10, 2021 at 7:45 pm
    Reply

    Kita jaga Alam Sekitar bersama…..kalau bukan kita siapa lagi.

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.