Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • WHO tidak setuju pengenalan pasport vaksin setakat ini
  • »
  • BERNAMA
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

WHO tidak setuju pengenalan pasport vaksin setakat ini

 

KUALA LUMPUR, 7 April  — Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menentang pengenalan pasport vaksin buat masa ini, dengan alasan ia mungkin akan memburukkan lagi masalah akses vaksin yang tidak adil dalam kalangan banyak negara.

Bercakap pada sidang media maya sempena Hari Kesihatan Sedunia, Pengarah Kecemasan Serantau untuk Wilayah Pasifik Barat WHO (WPR) Dr. Babatunde Olowokure berkata walaupun mereka memahami pentingnya pemulihan ekonomi pelancongan antarabangsa negara, namun bekalan vaksin global ketika ini amat terhad untuk membolehkan pengenalan pasport vaksin.

“Pendirian WHO ketika ini ialah pihak berkuasa negara dan pihak berkuasa perjalanan tidak boleh memperkenalkan satu bentuk bukti vaksinasi COVID-19 untuk perjalanan antarabangsa sebagai syarat bagi pelepasan atau ketibaan (sesebuah negara). Bekalan global yang terhad adalah faktornya. Vaksinasi pilihan bagi pelancong boleh menyebabkan bekalan vaksin yang menyusut bagi mereka yang dianggap berisiko,” tambahnya.

Beliau berkata kekurangan data mengenai sama ada vaksin dapat mencegah jangkitan dan penularan koronavirus juga merupakan satu lagi faktor yang menolak pengenalan pasport vaksin.

Olowokure juga memberi amaran terhadap “optimisme vaksin,” dengan mengatakan bahawa langkah-langkah kesihatan awam seperti penggunaan pelitup muka dan kebersihan tangan masih harus diteruskan walaupun sudah ada vaksinasi.

Beberapa negara termasuk Malaysia, telah menimbangkan keperluan bukti vaksinasi bagi pelancong, dan beberapa hospital swasta di Malaysia dilihat menyokong idea ini bulan lepas, dengan mengatakan bahawa pasport vaksin akan membantu pemulihan industri pelancongan perubatan di sini.

WHO-WPR juga mengumumkan rancangan untuk membangunkan jaringan pengawasan genom serantau dengan negara-negara anggota Singapura, Jepun, dan Australia, bagi menyediakan penjujukan genom virus untuk negara-negara yang tidak memiliki kemampuan berbuat demikian.

Pengarah wilayah WHO-WPR Dr. Takeshi Kasai berkata dengan jaringan pengawasan itu, ia akan membantu mereka mengesan varian baharu dan terkini COVID-19, di samping penyakit yang baharu muncul.

“Ini akan menjadi infrastruktur yang sangat penting untuk pandemik berikutnya,” katanya.

WHO turut mencadangkan negara-negara menggunakan vaksin AstraZeneca-Oxford, dengan mengatakan bahawa kajian menunjukkan bahawa vaksin itu tidak membawa kepada kematian akibat darah beku.

Sementara itu, Penyelaras Ubat-ubatan Penting dan Teknologi Kesihatan untuk WHO-WPR Dr Socorro Escalante berkata kadar pemantauan dalam kelompok populasi yang diberi vaksin kini semakin rendah, kerana ia memang dijangka berlaku secara semulajadi dalam populasi umum.

United Kingdom (UK) melaporkan tujuh kematian daripada 30 orang yang mengalami pembekuan darah setelah menerima suntikan vaksin AstraZeneca-Oxford dan pada 6 April, dan 18 juta orang telah menerima vaksin di negara itu.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: COVID, fbk, tgk, twk

Editorial

  • 7,266 permohonan pembiayaan PKS PENJANA libatkan RM1.366 bilion diluluskan – Tengku Zafrul
  • Polis kenal pasti lorong tikus jadi tumpuan penyeludup di sempadan

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.