Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Masyarakat
  • »
  • Yadim perlu dana RM50 juta setahun untuk kerja dakwah
  • »
  • BERNAMA, Masyarakat
  • April 9, 2021April 9, 2021
  • 0

Yadim perlu dana RM50 juta setahun untuk kerja dakwah

PUTRAJAYA, 9 April — Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) memerlukan dana RM50 juta setahun bagi mengaktifkan gerak kerja dakwah dalam pelbagai lapangan, kata Yang Dipertua Yadim Nasrudin Hassan.

Beliau berkata berdasarkan tahun-tahun sebelumnya, purata dana sumbangan yang diterima Yadim hanya kira-kira RM20 juta.

“Kita perlukan lebih dana untuk bergerak lebih aktif kerana sasaran dakwah kita ada pelbagai segmen seperti penduduk di Sabah, Sarawak, Orang Asli dan asnaf selain turut menyantuni mangsa-mangsa bencana alam.

“Selain menyampaikan dakwah melalui majlis ilmu, tazkirah, street dakwah dan sebagainya, kita juga memerlukan peruntukan untuk program-program melatih pendakwah baharu dan penyebaran risalah tentang Islam kepada masyarakat,” katanya kepada media selepas majlis menandatangani perjanjian usaha sama antara Yadim dan MobilityOne Sdn Bhd, di sini hari ini.

Perjanjian usaha sama Yadim dan MobilityOne selama lima tahun itu adalah bagi projek pembangunan dan pelaksanaan perkhidmatan teknologi kewangan bagi program penjanaan dana infaq Yadim.

Ketua Pegawai Eksekutif MobilityOne Datuk Hussian A Rahman berkata kerjasama dengan Yadim itu akan memudahkan penderma menggunakan pelbagai saluran pembayaran digital untuk menderma kepada badan berkenaan.

Beliau berkata antara saluran yang telah dikenal pasti ialah pembayaran tanpa tunai melalui terminal e-pos MobilityOne, pembayaran dalam talian melalui portal rasmi Yadim dan melalui saluran aplikasi mudah alih.

“Kita jangka tiga bulan daripada sekarang, sistem pembayaran infaq untuk Yadim yang dibangunkan oleh syarikat kami akan mula beroperasi sepenuhnya,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menyaksikan pemeteraian perjanjian berkenaan dalam ucapan ringkasnya berharap agar usaha sama itu akan menjadikan Yadim lebih gah dan mudah menyampaikan dakwah dalam pelbagai cara.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk, twk

Editorial

  • Air kosong lebih RM1 segelas, 12 notis dikeluarkan KPDNHEP Selangor
  • Lebih 80 peratus kematian akibat COVID-19 berkaitan dengan komorbid – Dr Adham

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.