Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Ekonomi
  • »
  • YaPEIM Gold sasar RM12 juta jualan produk emas edisi Jubli Siti
  • »
  • BERNAMA, Ekonomi
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

YaPEIM Gold sasar RM12 juta jualan produk emas edisi Jubli Siti

 

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) — YaPEIM Gold Sdn Bhd (YaPEIM Gold), institusi milik penuh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia Holding Sdn Bhd (YaPEIM) menyasarkan RM12 juta menerusi jualan sebanyak 30,000 unit produk emas 999 edisi khas eksklusif Jubli Siti 25 Tahun.

Kolaborasi YaPEIM bersama penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin itu menampilkan produk berbentuk dinar emas dan wafer emas meliputi tiga jenis iaitu 1.0 gram berharga RM360; 4.25 gram (satu dinar) berharga RM1,350 dan 5.0 gram yang boleh menjangkau sehingga RM1,500 seunit.

Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan berkata, 30,000 unit edisi khas ini bergantung kepada permintaan semasa dan buat masa ini, pilihan 1.0 gram mendapat sambutan tertinggi.

“Kemungkinan 10,000 unit bagi produk 1.0 gram, 5,000 unit bagi produk 5.0 gram serta selebihnya bagi produk berbentuk dinar.

“Pihak kami bersedia untuk mempertimbangkan sekiranya ada permintaan bagi 10 gram ke atas di masa hadapan,” katanya kepada Bernama selepas majlis pelancaran.

Menurutnya lagi, keluaran YaPEIM Gold ini merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan masyarakat terutama para peminat Datuk Siti Nurhaliza untuk menjadikan produk emas ini sebagai koleksi peribadi sekaligus mendidik masyarakat untuk menyimpan emas.

“Inisiatif ini juga mempunyai matlamat melahirkan usahawan emas serta membuka ruang menambah pendapatan semudah “share & earn” sahaja,” katanya lagi.

Sementara itu Siti Nurhaliza berkata beliau berharap kolaborasi ini dapat menggalakkan lebih ramai membuat simpanan emas.

“Saya harap objektif yang ditetapkan itu tercapai dan jika ada yang ingin menyimpan lebih banyak kita juga akan buka peluang tersebut. Insyaallah,” katanya.

Produk edisi khas ini boleh didapati melalui Platform Digital YaPEIM (DiYa), Aplikasi AVANA, YaPEIMall, Outlet YaPEIM Gold di Nu Sentral Kuala Lumpur, YaPEIM Gold Akses di Bandar Tun Razak dan di semua 212 cawangan Ar Rahnu YaPEIM seluruh Malaysia.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid serta suami Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: Emas, fbk, tgk, twk, YaPEIM

Editorial

  • Pengajian TVET pilihan sesuai untuk pelajar – Muhyiddin
  • Hishammuddin cadang tiga sektor utama pelaburan untuk belia D-8

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.