Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Zii Jia terima insentif RM25,000 daripada kerajaan Kedah
  • »
  • BERNAMA
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

Zii Jia terima insentif RM25,000 daripada kerajaan Kedah

 

ALOR SETAR, 7 April  — Pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia akan menerima insentif sebanyak RM25,000 daripada kerajaan negeri Kedah susulan kejayaannya merangkul kejuaraan All England, bulan lepas.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, insentif itu akan diserahkan dalam satu majlis meraikan pemain berusia 23 tahun itu sebaik sahaja beliau pulang ke Kedah nanti.

Beliau berkata ketika ini, Zii Jia terikat dengan jadual latihan yang padat sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan Olimpik Tokyo.

“Jadi kita tidak boleh ganggu jadual latihan beliau, kita sediakan dulu RM25,000 dan apabila beliau balik kita akan serahkan dalam satu majlis yang sudah dirancang,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Pemain yang menduduki ranking kelapan dunia kelahiran Alor Setar itu, muncul juara All England selepas menewaskan juara bertahan dari Denmark Viktor Axelsen pada perlawanan akhir berlangsung di Utilita Arena, Birmingham, 21 Mac lepas.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri juga bersetuju untuk memberikan insentif sebanyak RM10,000 kepada seorang daripada pemain beregu wanita negara juga berasal dari Kedah Pearly Tan yang menjuarai Terbuka Switzerland pada 7 Mac lepas.

Pearly dan pasangannya M. Thinaah menumpaskan pilihan ketiga kejohanan dan ranking ke-14 dunia dari Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva 21-19, 21-12 dalam tempoh 43 minit, di gelanggang St Jakobshalle, Basel.

Kemenangan itu sekali gus merekodkan kejuaraan pertama Pearly-Thinaah dalam kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 300.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk, Zii Jia

Editorial

  • 5.7 juta premis lulus bagi gentian optik pada peringkat kedua JENDELA fasa satu – MCMC
  • MySejahtera boleh diperluas sebagai pusat sehenti — Saifuddin

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.