Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Zulkifli tiba di Madinah, adakan pertemuan dengan Gabenor Madinah
  • »
  • BERNAMA
  • April 12, 2021April 12, 2021
  • 0

Zulkifli tiba di Madinah, adakan pertemuan dengan Gabenor Madinah

MADINAH, 12 April — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tiba di Madinah pada Ahad, bagi meneruskan lawatan kerjanya ke Arab Saudi atas jemputan Liga Dunia Islam (MWL).

Ketibaan beliau dan delegasi Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz dari Riyadh disambut wakil Perhubungan Antarabangsa MWL Mohammed bin Said Al-Majdouie.

Zulkifli dijangka  mengadakan pertemuan dengan Gabenor Madinah Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud atas jemputan istana.

Beliau juga dijangka mengadakan program ramah mesra bersama para pelajar di Universiti Islam Madinah sebelum berangkat ke Makkah.

Di Makkah, Zulkifli dijadual mengadakan perbincangan dengan Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Panduan Arab Saudi Shaikh Abdullatif Abdulaziz Aal Al Shaikh serta Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Issam bin Saad bin Saeed.

Lawatan yang bermula Jumaat lepas hingga 18 April ini bertujuan memperkukuh kerjasama dalam hal ehwal Islam serta ibadah haji dan umrah sebagaimana yang dimeterai dalam memorandum persefahaman (MoU) hasil kunjungan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lepas.

Zulkifli sebelum ini mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung MWL  Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa bagi meneruskan kerjasama hal ehwal Islam dan pertukaran kepakaran dalam menangani isu ancaman ekstremisme dan fahaman keganasan.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Pendigitalan jadi nadi pertumbuhan ekonomi dan sosial negara – Saifuddin
  • K’jaan mahu perkasa MIB tangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.