Tentang

TENTANG KAMI

Berawal dari aktiviti lapakan jualan buku di bazar karat, kini berdiri sebagai badan yang menghimpunkan penulisan-penulisan bebas yang dikelola oleh komuniti kecil berpusat di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Walaupun terdiri dari perkumpulan kecil, yang tidak mampu dan tidak akan mewakili suara masyarakat keseluruhan, tetapi hal yang sama masih perlu dikerjakan: untuk membebaskan suara sepenuhnya dari pengaruh kuasa politik berkepentingan yang tidak memihak kepada kebajikan dan kepentingan masyarakat.

Karyasama.com dibangunkan untuk mengangkat dan menghimpun penulisan bebas yang bersifat kritis dan kreatif. Sebagai salah satu ruang penggalak agar budaya perkongsian cerita, buah pemikiran dan karya dapat tersemai dengan seluasnya.

Jika kamu menyokong usaha ini, pintu rumah kami sentiasa terbuka. Sebarang perkongsian tentang cerita, laporan atau penulisan, tidak kira dalam apa jua bentuk, boleh hantarkan kepada kami di emel :

mediakaryasama@gmail.com