Oleh: Nur hazieta Husin
Sebut sahaja tentang animasi Sinchan penulis yakin ada di antara pembaca yang menjadi peminat setia animasi dari Jepun ini. Teman penulis pun bukan main lagi kaki animasi Sinchan ni padahal umur dah tahap mak-mak budak. Sinchan bukan hanya sekadar animasi yang terkenal di Jepun sahaja tau bahkan suatu ketika dahulu turut di nantikan oleh kanak-kanak di Malaysia. Animasi Sinchan ini sebenarnya merupakan sebuah animasi yang diadaptasi dari kehidupan sebenar seorang ibu, Nohara Misea.
Animasi ini suatu ketika dahulu pernah menjadi kontrovesi di seluruh dunia kerana penggunaan bahasa percakapan watak utama Nohara Shinnosuke (Sinchan) yang dirasakan kurang sesuai untuk penontonan kanak-kanak. Walaubagaimanapun animasi ini tetap bertahan lama di kaca televisyen dan sentiasa menjadi tontonan ramai kerana jalan ceritanya yang lucu dan bersahaja. Namun tahukah pembaca? Disetiap babak yang membuatkan anda ketawa terbahak-bahak sebenarnya terselit pelbagai pengajaran buat pembaca walaupun animasi ini dikatakan kurang memberikan manfaat. Berikut penulis kongsikan apa yang boleh pembaca ambil di sebalik sebuah animasi Crayon Shin-Chan.
1. Kasih ibu sepanjang masa.
Sebagai penonton kita dapat lihat yang betapa Nohara Misea begitu mengasihi anak-anaknya dan selalu berusaha untuk membahagiakan mereka. Menerusi animasi ini kita dapat melihat yang Nohara Misea begitu sabar melayankan karenah kedua anaknya iaitu Sinchan dan Nohara Himawari (adik Sinchan) yang sememangnya terkenal sebagai watak yang digambarkan nakal walaupun kadang-kadang dia turut berasa marah. Bahkan menerusi kisah benar juga kita boleh memahami betapa watak si ibu begitu mengasihi anak-anaknya dengan selalu mengambarkan mereka dengan sebatang crayon dan selalu merasakan yang anak-anaknya masih hidup.
Oleh sebab itu, ibu-ibu di luar sana seharusnya mencontohi sifat yang dibawakan oleh Nohara Misea agar sentiasa menjadi ibu dan contoh yang terbaik buat anak-anak mereka. lebih-lebih lagi dengan kecangihan dunia sekarang mampu mempengaruhi gaya hidup anak-anak.
2. Ajarkan anak untuk menjaga kehormatan diri.
Di sebalik perlakuan Sinchan yang tidak senonoh dalam animasi ini dengan menunjukkan alat kemaluan dan punggungnya di hadapan orang ramai tanpa memikirkan malu keluarga sepatutnya mampu di ambil pengajaran oleh ibu bapa di luar sana. Bagi penulis yang menjadi penonton animasi ini sepatutnya dari perlakuan tidak senonoh itu dianggap sebagai sebuah sindirian buat ibu bapa di luar sana.
Kenapa penulis boleh katakan begitu, hah, sepatutnya sebagai ibu bapa pembaca harus bahkan wajib mengajarkan anak-anak untuk menjaga kehormatan diri dengan tidak melakukan perkara yang tidak senonoh seperti Sinchan. Bukankah didikan ibu bapa yang membentuk sikap sebenar anak-anak?. Renungkan hal ini.
3. Menjaga pertuturan dan penggunaan bahasa anak-anak.
Sama juga dengan mengajarkan anak-anak untuk menjaga diri. Penulis rasakan Ibu bapa harus mengajarkan buah hati mereka untuk menjaga pertuturan dan pengunaan bahasa anak-anak. Penulis yakin yang mana suka menonton animasi ini mesti akan berasa geram dan marah dengan gaya Sinchan yang suka celupar dalam berkata-kata sedangkan dia masih kanak-kanak yang baru berusia 5 tahun. Ini pembaca boleh lihat sendiri dari gambaran watak si ibu yang suka sangat mengumpat.
Dari sini kita boleh tengok yang ibu bapa memainkan peranan besar dalam membentuk bahasa percakapan seharian anak-anak kerana mereka biasanya lebih dekat dan selalu mendengarkan percakapan orang tuanya. Kalau orang tuanya sendiri sudah celupar bagaimana dengan anak-anak mereka. Ingat ibu bapa adalah guru utama anak-anak.
4. Jangan pentingkan diri sendiri.
Di sebalik sikap penyayangnya terhadap keluarga, Nohara Misea juga merupakan seorang ibu yang mementingkan diri sendiri. Dia selalu membelikan pakaian baru untuk dirinya tetapi tidak untuk keluarga. Bahkan dia boleh menghabiskan masa berjam-jam bergosip dengan kawan-kawannya di telefon
Sebagai seorang ibu sepatutnya kita jangan berkelakuan seperti itu kerana mungkin mampu menyebabkan anak-anak dan suami terabai. Anak-anak juga mungkin akan mengikuti kelakuan yang sama seperti ibu mereka. Oleh sebab itu, kita haruslah sentiasa mendahului keluarga dan bersikap adil terhadap mereka.
5. Jangan belagak dengan apa yang kita ada.
Kazama Toru digambarkan sebagai watak anak hartawan yang baik walaupun kadang-kadang angkuh dengan kekayaan keluarganya. Dia gemar menunjuk-nunjuk dengan apa yang dia ada sehingga membuatkan teman-temannya iri.
Oleh itu, kita tidak seharusnya mencontohi sikap sombong dan suka menunjuk-nunjuk seperti Suneo kerana ia hanya akan memakan diri sendiri. Ingat, tidak selamanya kita sentiasa berada di atas. Lagipun dalam Islam sendiri tidak suka dengan sikap suka menunjuk-nunjuk dan belagak apatah lagi sampai membuatkan orang lain terasa hati.
Apa yang boleh penulis rumuskan di sini animasi Crayon Sinchan memangnya bukan animasi yang hanya sekadar memberikan hiburan semata-mata. Bukan hanya sekadar untuk menunjukkan watak nakal seorang kanak-kanak. Tetapi juga turut terselit dengan pengajarannya yang tersendiri. Buat mana yang rindukan animasi lucu dan comel ini anda masih boleh menontonnya di Youtube. Selamat membaca. Penulis menanti akan komennya ya pembaca-pembaca yang penulis sayangi semua.