Oleh: Mohd Fadzlee Ahmad
Johor Bahru, 1 November 2024 (8.42pm) – Terima Kasih Tuan Eyang kerana sudi menghadiahkan buku “God? The Atheist Inside Me in Quest of God” nukilan Eyang kepada saya.
METODOLOGI & OBJEKTIF PEMERHATIAN
Adalah dengan memahami bentuk pemikiran penulis (aliran keilmuan (tradisi) dan aliran pembelajaran) di dalam merekayasa dan mengolah kefahamannya yang di-inkapsulasi sebagai buku penulisannya. Objektif utama adalah mendapatkan nilai penaakulan logika kefahaman penulis terhadap isi kandungan utama penulisan beliau.
TENTANG BUKU GOD ? THE ATHEIST INSIDE ME IN QUEST OF GOD NUKILAN EYANG.
Buku ini adalah buku judifikasi penulisan biografi & memoir perjalanan kehidupan penulis di dalam “perjalanan pencariannya” ke arah objek spekulatitif perihal ketuhanan. Merangkumi perkara “phenomenology of mind” yang melibatkan persoalan dan jawapan, argumentasi, dialektika, dan nilai keabstrakan (nilai transcendental),
BUTIRAN DAN ISI KANDUNGAN GOD ? THE ATHEIST INSIDE ME IN QUEST OF GOD NUKILAN EYANG
Buku ini ditulis dalam bahasa inggeris dan mempunyai helaian visual grafik yang membantu keterangan dan sebagai kaedah menegaskan keterangan penyataan.
Keseluruhan buku ini, mengandungi lima (5) bab atau sub topik utama. Mengikut spekulatif kami, terdapat 5 fasa atau tempoh masa, penulis buku biografi Eyang didalam perjalanan pencariannya. (penakulan perjalanan pencariannya adalah legitemasi kepada kata daftar “quest of god” pada tajuk buku beliau). Kelima lima sub topik TIDAK DINYATAKAN pengenalan pengetahuan atau tajuk kepada bab itu.
• HELAIAN AWALAN (PENGENALAN)
10 helaian pertama menyatakan perihal persoalan, yang selalu bermain di fikiran seseorang apabila mengikuti displin pengajian hakikat & ketuhanan. Persoalan dan Argumentasi in dipanggil “Riddles of Consciousness” bagi displin dan tradisi pengajian ketuhanan (School of esoteric teaching)
• BAB PERTAMA AWAL KEHIDUPAN DAN PERSEKITAN PENULIS
Fasa pertama ini Eyang banyak menceritakan perihal diri keluarga dan masyarakat tempat tinggalnya di terengganu. Beliau menceritakan kecenderungan minat bacaan dan aktiviti sosialnya iaitu pengakap, budak serigala, kisah rakan-rakan sebaya serta kisah masuk ke sekolah berasarama penuh (SBP) Sekolah Menengah Sains Dungun (SMSD) dan Ustad Muhamad Uthman El-Muhamady. Untuk pengetahuan umum penulis EYANG merupakan pelajar aliran sains pada awal pendidikannya.
• BAB KEDUA FASA BERMULA PENCARIAN (MENDALAMI AGAMA)
Pada bab kedua EYANG menceritakan kecenderungan untuk mendalami ilmu agama. Bermula dengan kisah Masjid Hijau, memahami dan semangat pengajian Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awam. Perjalanan daripada Bangkok ke New Delhi menaiki keretapi antara perkongsian perjalanan yang dikongsi oleh penulis Eyang.
Dalam bab ini juga Eyang menceritakan pengalamannya mengenal Agama Islam mengikut tradisi yang pelbagai daripada Ulama’ India dan Pakistan. Pengalaman mendalami tafsir Quran, menjalankan Ibadat Ramadhan dan sambutan Hari Aidilfitri yang memberi perspektif baru terhadap “Budaya Bangsa”. Penulis juga menunjukan minat terhadap keadaan muka bumi dan kecantikan Alam Semula jadi semasa pengembaraannya.
• BAB KETIGA FASA MENDALAMI INSANI (MAKRIFATULLAH)
Bab ketiga Eyang berkongsi sedikit pengenalan mengenai perjalanan tasawuf dan usulluddin beliau. Bab ini memiliki 7 halaman sahaja namun ia diwarnai dengan persoalan, dan pembuktian tentang perihal ketuhunan. Iaitu kewujudan “Aku, Alam dan Tuhan” daripada Eyang dan titipan kata oleh oleh ulama tasawuf dan penyair terkenal Sheikh Jamaluddin El Rumi.
Melihat spekulatif perkara, parameter argumentasi dan pembuktian yang dinyatakan oleh penulis Eyang, tiada penyataan atau hujah yang membawa kepada pemfaktoran persoalan keimanan (kepercayaan). Namun ia adalah norma fenomenolgi bagi seorang pencari atau keadaan keberadaan Akal di ketuhanannya (Phenomenology of Spirit).
• BAB KEEMPAT PERJALANAN DIRI DALAM ILMU
Bab ini menceritakan pengalaman perjalanan spiritual (Perjalanan Diri Dalam Ilmu) oleh penulis Eyang. Penalaran penulisan sajak beliau bermula pada halaman 50 sehingga halaman 53 yang divisualisasikan pada keadaan grafik mengambarkan keadaan malam (warna halaman adalah hitam) pada cerminan displin pengajian hakikat dipanggil keadaan “Ntah berantah”, iaitu keadaan kebaradaan keakuan (bentuk kesedaran) pada ke Akuan, pada sifat Amrun Iktibari (mengikut bahasa) dalam landskap minda bukan ada pada realiti.
“Logic & Reasoning” sebagai penyelesaian keadaan keberadaan “Ntah Berantah” (Phenomenology of Spirit (Mind)). Nilai penakulan keadaan kebaradaan “Ntah Berantah” adalah sesuatu nilai ketidakpastian yang diterbitkan sebagai suatu ketidak tahuan atau “The Unknown” bagi fundamental foundasi (Phenomenology of Spirit (Mind)). Kerana Akal atau manifestasi kewujudan pertama (The First Intellect) mengikut pengajian hakikat dipanggil Akal, (Al Aqli Al Ruhi), Kerana fungsi manifestasi akal, akal yang ingin mengenal dan akal yang ingin mengetahui.
Dalam bab empat ini Eyang menyatakan adanya eksistentasi Dirinya dan Alam seperti Proxima Centauri, adalah penakulan nilai logika tertinggi beliau adanya pencipta atau Tuhan yang mengadakan semua ini.
• BAB KELIMA FUNDAMENTAL LOGIKA DAN AKAL
Manusia memiliki tingkatan bentuk kesedaran berbeza-beza. Manusia itu boleh dijudifikasi sebagai mahluk psikologi. Namun, evolusi sejarah ketamadunan manusia itu perkataan “manusia”, “manu”, “manas” atau “the man” adalah legitemasi kepada suatu identifikasi kebolehan unit Akal.
Dalam fasa ini eyang menunjuk kebolehan tamadun manusia dalam evolusi dan dinamika akalnya terhadap penemuan sains, metafizik, biologi, dan genetika. Potensi keupayaan dan kecekapan manusia dalam pencarian ketidaktahuan (The Unknown) boleh digarap dan dicerap keberkesanannya melalui pemikiran (fungsi akal) yang berlandaskan fundamental logika dan pembuktian (reasoning).
“For me, science (Atheist or Godly) is not about looking for His being, His Body. It is about learning His attributes, His Greatness, and His Subtleness. The Universe is teaching me about JIM” petikan kata daripada EYANG.
KRITIKAN DAN PANDANGAN TERRHADAP BUKU GOD ? THE ATHEIST INSIDE ME IN QUEST OF GOD NUKILAN EYANG TERBITAN KAUKAB PRESS.
(kritikan dan panfangan ini adalah MENGIKUT KEFAHAMAN DAN PENELITIAN PENULIS, bukan ia legitemasi kepada NILAI KETETAPAN perkara)
THE ATHEIST vs THE UNKNOWN inside me in quest of GOD.
Setelah menelaah keseluruhan teks buku BUKU GOD ? THE ATHEIST INSIDE ME IN QUEST OF GOD NUKILAN EYANG TERBITAN KAUKAB PRESS. Pemilihan perkatan “The Atheist” adalah tidak sesuai dengan subjek keseluruhan konseptual idea teks.
The Hermeneutics of The Subject
“The Atheist” (mengikut bahasa) didalam teks pengajian hakikat (the school of esoteric teaching) adalah permasalahan “kepercayaan” akibat daripada ketidakfahaman tafsiran teks agama, Dan kumpulan “Atheist” bukanlah golongan yang mencari (jalan ketuhanan). Tapi golongan tertindas sama ada dari segi kesalah fahaman intepertasi teks agama atau ketidak adilan sistem keagamaan (pemerintah) yang dilaluinya.
Epistemology Buku BUKU GOD ? THE ATHEIST INSIDE ME IN QUEST OF GOD
Buku ini adalah biografi perkongsian & pengalaman pencarian Tuan Elang didalam perjalanan mengenal ketuhanannya.
Mengikut tradisi pengajian hakikat penjalanan atau kandungan buku penulisan beliau adalah lebih kepada perbahasan trigologi antara Pengetahuan (Ilmu) (KNOWLEDGE), Yang Mengenal (Knowledge To be Known) KNOWN, dan Yang Mengetahui (Knowledge of The The Knower (KNOWER), Dimana keadaan keberadaan ke-Akuan (bentuk kesedaran) yang mengalami fenomena trilogi ini dinamakan “THE UNKNOWN” dalam proses pemutasi pembelajaran (kefahaman& kesedaran)
“Yang Mengenal Itu Mengetahui Akan Dirinya Tetapi Tiada Tahu Barang Yang Diketahuinya Walaupun Ianya Didalam Pengetahuannya.”
“Yang Mengetahui Itu Tahu Akan Pengetahuan Tentang Dirinya Tetapi Tiada Tahu Akan Barang Yang Diketahuinya”.Bingkisan kitab Ajaran Hakikat.”
Perkataan “QUEST” mengikut tradisi (the school of esoteric teaching), adalah menunjukan kepada perjalanan Diri “Quest of the Self” dan bukanlah perjalanan batiniah (psyche realm) yang dijudifikasi sebagai “journey of the soul”
Maka saranan kami adalah tajuk buku ini adalah lebih sesuai GOD ? THE UNKNOWN INSIDE ME IN QUEST OF GOD;
kerana ia lebih sesuai dengan bentuk pemikiran penulis (Tuan Eyang) dan perjalanan pengalaman (Ilmu Makrifat Ke Kuasa Makrifah(pengalaman) beliau sepertimana tertulis didalam buku beliau. Dan tidak membawa kesalahfahaman taksiran kepada ORANG AWAM, yang boleh mengundang kecelaruan dan salah erti. (apabila mengunakan perkatan Atheis)
SARANAN DAN RUMUSAN
Kritikan dan pandangan ini adalah mengikut kefahaman dan penelitian penulis.
Kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Elang dan Rumah Penerbitan Kaukab Studio diatas penerbitan buku ini. Buku ini adalah buku yang baik dan boleh dijadikan sebagai rujukan awal. Juga pengenalan pengetahuan umum kepada sesiapa sahaja yang ingin atau di dalam pencarian perjalanan keruhaniannya.
Penggunaan laras bahasa yang mudah difahami dan bantuan visual grafik amat membantu pembaca. Terutamanya di dalam nasihat dan keterangan yang ingin disampaikan oleh penulis.
Kami mendoakan Tuan Eyang diberikan kesihatan dan kesejahteraan daripada Ilahi dan terus diberi kekuatan didalam berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Serta kekuatan untuk terus mendokumentasikan pembukuan, supaya ia menjadi rekod dan pembelajaran kepada sesiapa sahaja di masa hadapan.
Syabas dan Tahniah.