Dalam kenyataan hari ini, bank itu berkata ia telah memuktamadkan perjanjian dengan anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), GSPARX Sdn Bhd (GSPARX) mengenai projek penjanaan sendiri Solar PV.
Ambank berkata kapasiti sistem solar PV sebanyak 65.61 kWp telah dipasang di salah satu bangunannya di bumbung Damansara Fairway 3 (DF3) melalui skim Perjanjian Pembekalan untuk Tenaga Boleh Diperbaharui (SARE), apabila pemasangannya pada penyelesaian perbelanjaan modal sifar, pada 30 Sept, 2020.
Inisiatif itu dijangka dapat mengimbangi 59.3 tan metrik karbon dioksida setahun, katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Group Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata kumpulan berusaha untuk mewujudkan masa depan bersama yang mampan untuk pelanggan, pekerja dan masyarakat pada amnya untuk manfaat generasi sekarang dan akan datang.
“Kami gembira dapat bekerjasama dengan TNB berikutan pencapaian penting ini sejajar dengan agenda kemampanan AmBank Group dalam menghadapi krisis alam sekitar global,” katanya.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Baharin Din berkata melalui GSPARX, TNB berada dalam kedudukan yang baik untuk menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh dalam penyelesaian teknologi solar yang inovatif, menyokong pelanggannya melalui kerjasama strategik jangka panjang.
Sumber : BERNAMA