Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Ekonomi
  • »
  • AmBank, institusi kewangan pertama di Malaysia pasang panel solar PV
  • »
  • BERNAMA, Ekonomi
  • April 14, 2021April 14, 2021
  • 0

AmBank, institusi kewangan pertama di Malaysia pasang panel solar PV

KUALA LUMPUR, 14 April — AmBank Group Bhd menjadi institusi kewangan pertama di Malaysia memasang panel fotovoltaik solar (PV) dan dijangka dapat menjimatkan kira-kira RM300,000 dalam tempoh 21 tahun dengan pemasangan solar PV.

Dalam kenyataan hari ini, bank itu berkata ia telah memuktamadkan perjanjian dengan anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), GSPARX Sdn Bhd (GSPARX) mengenai projek penjanaan sendiri Solar PV.

Ambank berkata kapasiti sistem solar PV sebanyak 65.61 kWp telah dipasang di salah satu bangunannya di bumbung Damansara Fairway 3 (DF3) melalui skim Perjanjian Pembekalan untuk Tenaga Boleh Diperbaharui (SARE), apabila pemasangannya pada penyelesaian perbelanjaan modal sifar, pada 30 Sept, 2020.

Inisiatif itu dijangka dapat mengimbangi 59.3 tan metrik karbon dioksida setahun, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Group Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata kumpulan berusaha untuk mewujudkan masa depan bersama yang mampan untuk pelanggan, pekerja dan masyarakat pada amnya untuk manfaat generasi sekarang dan akan datang.

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan TNB berikutan pencapaian penting ini sejajar dengan agenda kemampanan AmBank Group dalam menghadapi krisis alam sekitar global,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Baharin Din berkata melalui GSPARX, TNB berada dalam kedudukan yang baik untuk menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh dalam penyelesaian teknologi solar yang inovatif, menyokong pelanggannya melalui kerjasama strategik jangka panjang.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Kenanga Research: Pemberian kontrak laluan MRT3 dijangka diketahui pada separuh pertama 2022
  • IWBF minta Perlis tangguh Woodball Piala Dunia ke tahun depan

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.